Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

90 Sasaran Ketenteraan Iran Digempur - AS

iran as
Gambar: AFP

90 Sasaran Ketenteraan Iran Digempur - AS

Tentera Amerika Syarikat (AS) mendakwa kira-kira 90 sasaran ketenteraan di Iran telah diserang dalam siri serangan terbaharu yang dilancarkan pada Rabu.

Menurut kenyataan yang dimuat naik oleh Komando Pusat Amerika Syarikat (CENTCOM) di platform X, operasi yang dijalankan pada 8 Julai itu menyasarkan pelbagai aset ketenteraan Iran.

Ini termasuk sistem pertahanan udara, lokasi penyimpanan peluru berpandu, depot dron serta beberapa kemudahan ketenteraan lain.

CENTCOM berkata, serangan tambahan itu bertujuan melemahkan keupayaan Iran untuk melancarkan serangan terhadap kapal-kapal dagang dan pelaut awam yang melalui Selat Hormuz.

Menurut kenyataan itu, operasi berkenaan adalah sebahagian daripada usaha berterusan AS untuk mengurangkan ancaman terhadap keselamatan laluan perkapalan antarabangsa di perairan strategik tersebut.

Bagaimanapun, pihak berkuasa Iran setakat ini belum mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung dakwaan serangan terbaharu yang dibuat oleh tentera AS.

Sumber:AFP