AMMAN, 5 Mac (Bernama) — Lebih 900 juta tan metrik sisa makanan dibuang setiap tahun, menurut laporan global.
Indeks Sisa Makanan Program Alam Sekitar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menunjukkan 17 peratus lebihan makanan yang dibuang itu oleh pengguna: kedai, isi rumah dan restoran, menurut Petra.
Sebanyak 60 peratus daripada pembaziran itu adalah di rumah.
Sumber: BERNAMA