Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Abang Food Panda Ini Gigih Naik Basikal Uzur Hantar Makanan Dalam Hujan Lebat, Syukur Dapat Basikal Baru

Di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Pepatah tersebut boleh menggambarkan kegigihan seorang penghantar makanan dalam mencari rezeki yang halal buat keluarga.

Namun, makanan yang dihantar bukan menggunakan motosikal atau kereta, tetapi hanya basikal uzur yang setia dikayuh dalam hujan dan panas.

Menerusi perkongsian Syamieyl di Twitter, rakannya menemui penghantar makanan Food Panda itu ketika mengambil makanan yang dipesannya.

Sebak mengetahui kisah tersebut daripada rakannya, Syamieyl cuba mencari abang tersebut sebelum berjaya menemuinya dan menghadiahkan sebuah basikal baru. Ikuti perkongsian ini.

Abang Food Panda bawa basikal uzur redah hujan

Tangki air mata aku pecah malam ni, kenapa? Ianya berkait dengan gambar kat bawah. Teruskan membaca sehingga akhirnya. Aku harap korang viralkan ye, biar dapat tolong lagi ramai orang.

Terus call abang Food Panda..

Dia beli baju hujan bundle RM3..

Beli basikal baru guna duit sumbangan orang ramai

Terharu dapat basikal baru

Rupanya abang ni kena buang kerja..

Kisah tersebut yang menyentuh hati, menjadi tular dan mendapat perhatian ramai warganet.

Sebilangan turut bertanya mengapa bantuan itu tidak digunakan untuk membeli motosikal kepada pemuda tersebut agar dia lebih mudah untuk mencari rezeki. Malangnya, dia masih belum mempunyai lesen kenderaan.

Kami dan semua warganet mendoakan supaya rezeki penghantar makanan dan pemberi bantuan dipermudahkan. Amin!

Moga murah rezeki insan yang memberi dan menerima

Pesan abang Food Panda ‘lock’ basikal

Selalu nampak Food Panda naik basikal, serba salah nak order

Kalau tak bagi tips rasa serba salah

Sumber: Twitter @syamieyl95