Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

ACC Shopee Cup: Pemain Bangkok United Akui JDT Ada Pemain Berbakat
Pemain tengah Johor Darul Ta’zim (JDT), Hong Wan, dilaporkan kembali beraksi selepas berehat hampir semusim akibat jangkitan kuman pada kaki.
Kini, beliau menyasarkan impian besar dengan melakukan penampilan sulung dalam kempen Piala Shopee ACC 2025/26, lapor Astro Arena.
Kepulangan pemain warisan negara itu dijangka memberi impak penting menjelang perlawanan menentang Bangkok United yang akan berlangsung esok.
Hong Wan sebelum ini telahpun beraksi dalam saingan Liga Super menentang pasukan Imigresen dan Sabah.
“Saya bekerja keras untuk kembali beraksi semula, saya dalam keadaan baik. Terima kasih jurulatih kerana berikan minit permainan dalam aksi terakhir.
“Terima kasih kepada barisan perubatan pasukan dan barisan kejurulatihan sehingga saya dapat beraksi semula, dapat kembali bermain bola sepak adalah perkara terbaik sebagai pemain bola sepak,” katanya.
Sementara itu, pemain tengah Bangkok United, Kyoga Nakamura, menyatakan rasa teruja untuk menentang JDT yang disifatkannya sebagai pasukan kuat dengan kehadiran ramai pemain utama skuad Harimau Malaya.
Selain Arif Aiman, JDT turut dibarisi oleh pemain berpengalaman seperti Nazmi Faiz Mansor, Corbin Ong dan Jon Irazabal.
Kyoga yang juga pemain kebangsaan Singapura turut menantikan pertembungan semula dengan penyerang warisan negara, Joao Figueiredo.
“Saya pernah beraksi berdepan Malaysia, mereka miliki ramai pemain berbakat seperti Arif Aiman, sangat banyak. Kami teruja beraksi berdepan JDT, kami akan cuba lakukan yang terbaik,” tambahnya.
BACA: Sri Pahang, KDA FC & Perak FC Digantung, Tak Boleh Sertai Liga Malaysia
Sumber: Stadium Astro