Menjelang hari raya ini, memang ramai yang mengharapkan cuaca panas elok, supaya aktiviti ziarah dapat dilakukan sepanjang hari tanpa sebarang kekangan. Selepas dua tahun diperam dalam rumah dan tidak dapat berkunjung ke rumah saudara mara untuk tempoh yang lama, sudah tentu ramai yang mengambil kesempatan di hari lebaran ini untuk mengeratkan kembali hubungan silaturahim.
Tetapi, seperti yang kita tahu, urusan mengatur alam ini adalah kuasa yang Maha Esa dan kita sudah tentu tidak berdaya untuk menentukan hari mana yang cerah dan hari mana yang langitnya gelap-gelita. Namun, kita hendaklah sentiasa bersedia untuk berdepan dengan sebarang kemungkinan situasi cuaca di hari-hari yang mendatang.
Justeru, bagi memastikan kita peka dengan situasi cuaca semasa dan jangkaan cuaca pada hari raya pertama nanti, mari sama-sama kita ikuti ramalan cuaca yang diterbitkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).
Anda boleh rujuk di sini
1. Perlis
Bagi ramalan cuaca bertarikh 2 dan 3 Mei 2022, MetMalaysia menjangkakan bahawa cuaca di negeri Perlis pada sebelah pagi akan berlaku hujan di beberapa tempat.
Pada sebelah petang, hujan dan ribut petir bakal berlaku di satu dua tempat di kawasan pedalaman. Sebelah malam dijangka tiada hujan.

2. Kedah
Ramalan cuaca bagi negeri Kedah yang bertarikh 2 Mei dan 3 Mei 2022 menunjukkan pada sebelah pagi akan berlaku hujan di satu dua tempat sahaja. Pada sebelah petang juga turut bakal dilanda ribut petir di satu dua tempat. Bagaimanapun, di sebelah malam tiada hujan.

3. Pulau Pinang
Negeri Pulau Pinang akan dilanda hujan dan ribut petir pada kedua-dua hari tersebut di sebelah pagi dan petang yang melibatkan satu dua kawasan berhampiran pantai. Pada sebelah malam, tiada hujan.

4. Perak
Bagi ramalan cuaca bertarikh 2 dan 3 Mei 2022, MetMalaysia menjangkakan bahawa cuaca di negeri Perak pada sebelah akan berlaku hujan di beberapa tempat di kawasan pantai.
Pada sebelah petang, hujan bakal berlaku di kebanyakan tempat di kawasan pedalaman. Sebelah malam dijangka tiada hujan.

5. Selangor
Negeri Selangor dijangka akan dilanda hujan dan ribut petir pada kedua-dua hari tersebut di sebelah pagi dan petang yang melibatkan satu dua kawasan berhampiran pantai. Pada sebelah malam, tiada hujan.

6. Negeri Sembilan
Ramalan cuaca bagi Negeri Sembilan pula menunjukkan pada sebelah pagi akan berlaku hujan di satu dua tempat di kawasan pantai. Pada sebelah petang juga turut dijangka dilanda ribut petir di satu dua tempat kawasan pedalaman. Bagaimanapun, di sebelah malam tiada hujan.

7. Melaka
Bagi Melaka pula menunjukkan pada 2 dan 3 Mei ini pada sebelah pagi akan berlaku hujan di satu dua tempat di kawasan pantai. Pada sebelah petang juga turut bakal dilanda ribut petir di satu dua tempat. Bagaimanapun, di sebelah malam tiada hujan.

8. Johor
Ramalan cuaca bagi Negeri Johor pula menunjukkan pada sebelah pagi akan berlaku hujan di satu dua tempat di kawasan pantai. Pada sebelah petang juga turut bakal dilanda ribut petir di satu dua tempat. Bagaimanapun, di sebelah malam tiada hujan.

9. Kelantan
Bagi ramalan cuaca bertarikh 2 dan 3 Mei 2022, MetMalaysia menjangkakan bahawa cuaca di negeri Kelantan pada sebelah pagi tiada hujan.
Pada sebelah petang dan malam, hujan dan ribut petir bakal berlaku di satu dua tempat di kawasan pedalaman.

10. Terengganu
Sama seperti di Kelantan, pada hari tersebut di Terangganu pada sebelah pagi dijangka tiada hujan. Manakal pada sebelah petang dan malam dijangka ribut petir dan hujan di satu dua tempat di kawasan pedalaman.

11. Pahang
Di Pahang, MetMalaysia menjangkakan tiada hujan pada kedua-dua hari tersebut. Sebaliknya di sebelah petang dan malam tarikh 2 Mei, ribut petir dan hujan di satu dua tempat.
Manakala pada 3 Mei di sebelah petang dan malam, ribut petir dijangka berlaku di satu dua kawasan pedalaman.

12. Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Ramalan cuaca bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya pula menunjukkan pada sebelah pagi tiada hujan berlaku. Manakala, pada sebelah petang juga turut bakal dilanda ribut petir di satu dua tempat. Bagaimanapun, di sebelah malam tiada hujan.

13. Wilayah Persekutuan Putrajaya
14. Wilayah Persekutuan Labuan

MetMalaysia menjangkakan pada sebelah pagi 2 Mei, Labuan bakal dituruni hujan di beberapa tempat sehingga ke petang. Manakala di sebelah malam, tiada hujan.
Pada 3 Mei 2022, Labuan dilaporkan tiada hujan di sebelah pagi sebaliknya akan dilanda ribut petir di satu dua tempat. Di sebelah malam, tiada hujan.

15. Sarawak
Ramalan cuaca bagi Negeri Sarawak pula menunjukkan pada sebelah pagi tiada hujan. Pada sebelah petang juga turut bakal dilanda ribut petir di satu dua tempat kawasan pedalaman. Manakala di sebelah malam turut bakal dilanda hujan di satu dua tempat di kawasan pedalaman.

16. Sabah
Bagi ramalan cuaca bertarikh 2 dan 3 Mei 2022, MetMalaysia menjangkakan bahawa cuaca di negeri Sabah pada sebelah pagi hujan di satu dua tempat.
Pada sebelah petang dan malam, hujan dan ribut petir bakal berlaku di satu dua tempat di kawasan pedalaman

Sumber: MetMalaysia
