Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Ada Orang Jumpa “Tiger Cat Fish” Di Sungai Malaysia, Dipercayai Boleh Rosakkan Ekosistem

Ikan hiasan yang dibela kemudiannya dilepaskan ke dalam sungai atau longkang berbahaya kepada ekosistem kerana boleh memusnahkan keseluruhan hidupan asal di kawasan tersebut.

Seperti perkongsian oleh seorang pemuda, Norhafizal Othman di Twitter mengenai ikan spesis ‘Tiger Catfish’ yang dikatakan dijumpai oleh seseorang di dalam sungai negara ini.

Dikatakan, ianya kemungkinan berpunca daripada pengusaha atau individu yang tidak mampu memelihara habitat berkenaan disebabkan faktor seperti kos makanan yang tinggi selain tidak mahu membelanya lagi.

Ikan spesies ‘Original Amazon’

‘Tiger Fish’ dijumpai di Sungai Semenyih

Dibuang oleh orang lain

Warganet yang membanjiri ruangan komen turut tampil memberi penjelasan lanjut mengapa ikan berkenaan dikatakan sangat berbahaya sekiranya terlepas masuk ke kawasan perairan negara.

Ianya bukan sahaja boleh menyebabkan gangguan kepada habitat spesies ikan asli tetapi ikan tersebut yang dilepaskan boleh menjadi dominan dan membiak dalam perairan umum serta menjadi pemangsa kepada ikan asli yang sedia ada di perairan negara.

Spesies ‘pelahap’, makan apa sahaja

Masuk je dalam air, ekosistem rosak dan ikan kita mati

Ikan tempatan susah untuk ‘survive’

Ganggu rantaian makanan yang sedia ada di perairan negara

Licin satu sungai semua ikan kena makan

Sumber: Twitter @norhafizalothman