Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Ada ‘Penunggu’ Memerhati, Kelibat Buaya Muncul Ketika Memancing Di Tambak Klebang
Seorang pengguna TikTok berkongsi pengalamannya bertemu dengan ‘penunggu’ ketika memancing di Tambak Klebang.
Dia yang juga sering memuat naik kandungan berkenaan aktiviti memancing membuat perkongsian tersebut menerusi akaun Betta G Melaka (macawfredo) semalam.
“Okay, Assalamualaikum. Saya nak tunjuk korang satu benda. Saya ada jumpa sesuatu benda semasa saya sedang memancing di Tambak Klebang. Saya bertemu sesuatu yang menggerunkan,” katanya.
Lelaki berkenaan kemudian menunjukkan keadaan di kawasan Tambak Klebang, iaitu salah satu lokasi tumpuan kaki pancing di daerah tersebut.
Lensa kamera seterusnya dihalakan ke arah persisiran Selat Melaka yang tenang serta ombak-ombak kecil menghempas batu-batuan di tambak.
Namun, terdapat satu entiti ‘penunggu’ yang senang berenang di atas permukaaan air lautan.
“Okay geng, hari ni depan mata, buaya Tambak Klebang di depan mata,” ujarnya.
Ketika buaya tersebut sedang berenang di permukaan air dengan tenang, pengguna tersebut menyifatkan saiz buaya itu agak besar.
“Okay nampak tu, besar kan?”
Jelasnya, ini merupakan kali pertama dia terserempak dengan buaya di kawasan tersebut dan melihatnya dengan mata kepala sendiri.
“Fuhh gila, kali pertama tengok depan mata. Baru nak memancing hari ni, tereserempak pula dengan buaya.”
Pada akhir videonya, pengguna tersebut sempat memberikan nasihat kepada orang ramai yang ingin memancing di kawasan terbabit.
Katanya, kaki pancing perlu mengutamakan nyawa dan keselamatan diri terlebih dahulu walau apa pun situasinya.
“Korang, hati-hati ya. Tambak Klebang ni ada buaya. Kalau korang punya batu lalu sangkut ke dekat batu, hati-hati.”
Video tersebut telah mendapat perhatian daripada daripada warga maya di Malaysia apabila mencapai 180.3k jumlah tontonan.
Pada masa yang sama, video tersebut turut mendapat 5,282 tanda likes dan 336 komen daripada pengguna setakat ini.
Kebanyakan pengguna, khususnya penduduk di Melaka mengatakan bahawa kehadiran buaya di kawsasan tersebut merupakan satu perkara yang tidak ganjil.
“Semalam dia naik kat pengkalan balak. Tu yang sedang-sedang, ada lagi besar,” jelas pengguna TikTok (shafiq_aziz) yang merupakan penduduk Klebang.
BACA: Netflix Sah Naik Harga Pakej, Di Tiga Negara Buat Masa Ini
Sumber: macawfredo via TikTok