Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah
Tiada Kategori

Ada Perkataan Lain Rupanya, Gadis Ini Kongsi Istilah Lain Bahasa Inggeris Yang Ramai Tak Pernah Dengar

Fathin Nadzira
Kredit : TikTok helloayna
Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal

Bahasa Inggeris merupakan bahasa lingua franca yang digunakan oleh setiap manusia. Di Malaysia, bahasa Inggeris merupakan bahasa kedua yang dipelajari di sekolah dan perlu diketahui oleh semua orang, walaupun hanya asas sahaja.

Jika anda perasan, kita hanya mempelajari asas bahasa sahaja, seperti mempelajari kosa kata, tatabahasa, perumpamaan dan sebagainya.

Tahukah anda sebenarnya ada sesetengah perkataan dalam bahasa Inggeris sudah lapuk untuk digunakan?

Berkemungkinan ada di antara kita pernah mendengarkannya dan menggunakan perkataan tersebut secara sengaja atau tidak sengaja, tetapi tidak salah untuk kita mengetahuinya.

Menerusi video yang dimuat naik di akaun TikTok helloayna, wanita ini ada menerangkan perkataan-perkataan tersebut.

Dalam penerangannya di kapsyen, terdapat beberapa perkataan yang wujud dalam kamus tetapi kini, sudah tiada sebab tidak digunakan lagi. Hanya ada beberapa perkataan sahaja yang masih boleh digunakan, seperti ‘Fortnight‘.

Sebagai contoh, perkataan ‘The Day After Tomorrow’ boleh juga disebut sebagai ‘Overmorrow’.

Selain itu, antara perkataan lain, adalah:

  • The Day Before Yesterday – Ereyesterday

  • Yesterday Evening (Last Evening) – Yestreen

  • One Week ( 7 Nights) – Sennight

Dalam komen di videonya, ada warganet yang menjawab soalannya berkenaan maksud perkataan ‘Fortnight‘ merujuk kepada hari apa.

Wanita ini menjelaskan bahawa ‘Fortnight‘ merujuk kepada empat belas malam atau dua minggu dan ia merupakan singkatan kepada ‘fourteen nights

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, mari kita ikuti perkongsian di bawah.

Sumber : TikTok helloayana