Baru-baru ini tular kisah seorang wanita yang mendakwa suaminya mengahwini teman baik sendiri ketika mereka bertemu di program keusahawanan.
Lantaran itu, suami wanita yang dikenali dengan nama Hanna itu tampil membuat kenyataan di laman Facebook miliknya dengan nama Baa Azhar. Dia menafikan kenyataan yang mendakwa dia menceraikan isterinya untuk mengahwini rakan isterinya, Yaya.
“Untuk makluman, saya dan juga isteri (Suhana Hamzah) masih sah dalam ikatan sebagai suami isteri dan bagi kenyataan berkaitan penceraian kami, itu adalah tidak benar.
“Sebagai seorang suami, tanggungjawab saya terhadap beliau sama skali tidak pernah di abaikan sama juga terhadap anak-anak.
“Bagi isu saya memukul atau mengabaikan beliau adalah tidak benar sama sekali, saya masih melayan beliau sama dan tidak mengabaikan mana-mana tanggungjawab dari segi zahir dan batin serta masih menyayangi beliau dan tidak terlintas untuk melepaskan beliau seperti mana yang diviralkan.
Kenal Yaya beberapa tahun lepas
“Berkenaan situasi saya dengan Yaya, saya akui setelah mengenali beliau buat beberapa tahun yang lepas bagi mengendalikan perniagaan bersama.
“Dan setelah beberapa lama mengenali beliau, saya mula menaruh perasaan untuk memperisterikan beliau atas asbab memperlihatkan keakraban diantara mereka berdua yang sangat-sangat rapat dan selesa juga melihat akan keikhlasan beliau yang bnyak membantu saya dalam menaikkan lagi perniagaan yang saya miliki.
“Namun dari situ saya tidak pernah mengabaikan isteri saya dan selaku sebagai seorang suami, saya telah meminta keizinan terhadap beliau untuk memperisterikan Yaya.
“Dan atas dasar beberapa sebab yang berlaku termasuklah hasutan orang sekeliling, beliau tidak membenarkan kami untuk disatukan. Oleh yang demikian saya juga tidak melakukan sebarang perkahwinan seperti yang diviralkan.
“Saya mohon untuk pihak-pihak netizen agar berhenti dan tidak lagi memperbesarkan atau masuk campur bagi urusan kami dalam berumahtangga.
“Bagi isu yang diviralkan buat beberapa hari ini, saya mohon maaf atas sebarang kesalahfahaman dan tindakan bagi mana-mana pihak yang mungkin terasa hati atau mungkin menjatuhkan imej mana-mana pihak berkaitan kes tersebut.
“Teruskanlah dengan penafian” -Hanna
Sementara itu, dalam kenyataan balas terhadap Baa Azhar, Hanna berkata, dia telah berfikir sedalamnya sebelum meluahkan apa yang terjadi tanpa menyangka ia bakal menjadi tular.
“Saya memperjelaskan tindakan saya yang membuat status berkenaan adalah keputusan yang saya telah fikir sedalamnya dan apabila kesabaran saya sudah tak tertanggung dek kerana diri saya diperkotak katikkan kekiri dan kekanan, menyebabkan saya mengambil tindakan sedemikian.

Mereka rasa saya lemah
“Kerana mereka merasakan saya tidak akan berani, lemah dan akan terus menangis dan meratap, dan mereka merasakan saya adalah seorang yang naif yang akan percaya bulat-bulat dengan penafian-penafian yang menyakitkan.
Menurutnya, dia telah menghubungi keluarga wanita itu namun tidak berjaya. Rayuannya juga tidak diendahkan.
“Rasa sakit dikhianati setelah 11 tahun berkahwin bukan hanya dapat diselesaikan dalam masa 24 jam atau hanya lega perkataan sabar.
“Saya yang merasa dan menanggung serta mengalami depresi yang terlampau apatah lagi ketika disaat saya masih dalam proses sembuh selepas bersalin ditambah dengan ujian sebegini amat-amat memberi kesan kepada emosi dan kehidupan saya.
“Kepada mereka yang berkenaan, teruskanlah dengan penafian kerana saya faham anda ada periuk nasi yang perlu dijaga sedangkan saya tidak punya apa-apa.
“Saya tidak pernah mengatakan suami saya memukul saya atau mengabaikan saya tetapi saya tidak faham kenapa isu itu boleh timbul. Berkenaan dengan tanggungjawab dan nafkah, orang luar boleh berkata apa sahaja tapi saya sendiri yang tahu setakat mana kemampuan suami saya.
“Ya saya masih belum bercerai tetapi saya dalam proses menfailkan penceraian kerana saya sudah tak sanggup dipermainkan lagi.
“Saya mengambil tindakan ini setelah perbincangan tidak pernah berakhir dengan baik. Disaat ini ,giliran saya pula untuk memikirkan tentang diri saya sendiri dan anak-anak. Mereka boleh meneruskan “play victim”.
“Semoga berjaya,” tulisnya.
Sumber: Facebook