Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

ADUN Pitas, Isteri Dan Anak Rasmi Peluk Islam

Pitas
Kredit: Facebook Ruddy Awah

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pitas, Datuk Seri Ruddy Awah bersama isteri dan anak secara rasmi memeluk Islam selepas melafazkan dua kalimah syahadah pada hari ini.

Menerusi perkongsian di laman Facebook rasminya, majlis berkenaan dilangsungkan di kediaman mereka di Kampung Salimpodon Laut, Pitas.

Difahamkan, Mufti Sabah, Datuk Bungsu @ Aziz Jaafar membimbing lafaz dua kalimah syahadah itu.

Momen berkenaan turut disaksikan Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah merangkap Exco Agama Islam negeri, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Zainudin Aman.

“Sepanjang sesi bersyahadah, hati saya benar-benar sebak. Benar, soal ikhlas itu antara Allah dan hamba-Nya. Kita tidak mampu menilai apa yang ada di dalam hati seseorang.

“Namun, melihat persiapan dan sebuah majlis besar diadakan bagi meraikan penghijrahan ini, saya melihatnya sebagai satu tanda betapa kita berbangga dengan Islam dan meraikan saudara baharu dengan penuh kasih serta penghormatan.

“Lebih bermakna apabila majlis ini turut dihadiri Ketua Menteri Sabah, bersama masyarakat Pitas — Muslim dan bukan Muslim. Indah melihat perbezaan tidak menghalang kita untuk hadir, menghormati dan meraikan satu sama lain.

“Tahniah Dato’ Seri Rudy Awah atas penghijrahan ini. Semoga Allah SWT menetapkan hati, mempermudahkan setiap langkah dan menjadikan perjalanan baharu ini penuh rahmat serta keberkatan,” kongsi Norazlinah Arif, Ketua PGRS Bahagian Kunak dalam satu hantaran di Facebook.

Assalamualaikum - Ruddy

Sementara itu, dalam satu hantaran terbaharu, Ruddy memuat naik satu hantaran pertama selepas memeluk Islam dengan pembuka 'Assalamualaikum'.

Intipati
  • ADUN Pitas, Datuk Seri Ruddy Awah memeluk Islam bersama isteri dan anaknya hari ini.
  • Majlis syahadah berlangsung di kediaman mereka di Kampung Salimpodon Laut, Pitas.
  • Mufti Sabah membimbing lafaz syahadah, disaksikan pemimpin negeri dan masyarakat setempat.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan