Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Agensi Berita Antarabangsa AFP Digodam, Platform Kandungan Ditutup Sementara

Agensi berita antarabangsa berpangkalan di Paris, Agence France-Presse (AFP), menutup sementara platform kandungannya, AFP Forum, selepas menjadi sasaran serangan siber pada Khamis.

Platform berkenaan digunakan oleh pelanggan AFP untuk melihat, mendapatkan dan memuat turun pelbagai kandungan berita yang disediakan oleh agensi itu.

Menurut e-mel dalaman pihak pengurusan, serangan tersebut bermula kira-kira jam 1.30 pagi waktu Paris (12.30 tengah malam GMT) dan menyasarkan platform AFP Forum.

Susulan kejadian itu, pasukan teknikal AFP segera mengambil tindakan bagi mengawal pencerobohan selepas mengesan aktiviti mencurigakan pada sistem mereka.

Agensi Berita Antarabangsa AFP Digodam

“Sejurus pencerobohan dikesan, pasukan kami segera mengambil langkah untuk mengawal keadaan dan menutup AFP Forum sebagai langkah berjaga-jaga. Platform itu masih tidak dapat diakses sehingga diberitahu kelak,” menurut e-mel berkenaan.

Dalam pada itu, AFP memaklumkan pihaknya sedang menyediakan kaedah alternatif bagi membolehkan pelanggan terus mendapatkan kandungan berita sepanjang platform tersebut tidak dapat digunakan.

Agensi itu turut memulakan siasatan dengan bantuan pakar luar bagi mengenal pasti punca dan pihak yang bertanggungjawab terhadap serangan berkenaan.

“Buat masa ini, kami masih belum mempunyai maklumat mengenai pihak yang berada di sebalik serangan tersebut,” menurut kenyataan itu.

Insiden berkenaan berlaku ketika beberapa syarikat dan institusi awam di Perancis serta negara lain turut berdepan siri serangan siber sejak beberapa bulan kebelakangan ini.

Sebahagian serangan dipercayai dilakukan kumpulan jenayah yang mahu mendapatkan keuntungan kewangan, manakala serangan lain bertujuan mencetuskan ketidakstabilan.

Sumber:Anadolu
Intipati
  • AFP menutup sementara AFP Forum selepas mengesan serangan siber pada Khamis.
  • Pasukan teknikal mengambil langkah mengawal pencerobohan dan platform masih tidak dapat diakses.
  • AFP sedang menyediakan kaedah alternatif untuk pelanggan sambil menyiasat punca serangan.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan