Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
ketulenan madu
Tiada Kategori

Agensi Nuklear Malaysia Guna Teknik Isotop Stabil Buktikan Ketulenan Madu

Athirah

Agensi Nuklear Malaysia Guna Teknik Isotop Stabil Buktikan Ketulenan Madu

Apabila sebut tentang nuklear, pasti terlintas di fikiran ialah bom, senjata nuklear dan bahan radioaktif yang berbahaya.

Siapa sangka, nuklear juga dapat digunakan untuk tujuan yang baik. Selain itu, ia turut mempunyai pelbagai fungsi yang boleh dimanfaatkan untuk kebaikan ramai.

Di Malaysia, Agensi Nuklear Malaysia (Nuklear Malaysia) adalah agensi utama di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) yang bertanggungjawab untuk penyelidikan dan pembangunan nuklear di negara ini.

Antara projek utama yang dijalankan oleh Agensi Nuklear Malaysia ialah penentuan kebolehkesanan makanan (food traceability) melalui teknik nuklear dan teknik berkaitan yang bertujuan memperkukuhkan kawalan keselamatan makanan negara. Melalui pendekatan saintifik ini, Agensi Nuklear Malaysia dapat mengesan dan mengesahkan ketulenan sesuatu produk makanan, sekali gus membantu mengurangkan risiko ketidaktulenan dan ancaman terhadap keselamatan makanan.

Projek ini dijalankan sebagai tindak balas kepada peningkatan jumlah dagangan global dan rantaian bekalan yang semakin kompleks, yang menyumbang kepada pelbagai isu ketidaktulenan serta keselamatan makanan. Keadaan ini membuka ruang kepada amalan penipuan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab sekali gus yang berpotensi mendatangkan risiko kesihatan yang serius kepada masyarakat.

Kajian Teknik Isotop telah digunakan di luar negara

Lazimnya apabila berlaku ancaman keselamatan makanan seperti pencemaran bahan mentah atau penipuan, persoalan utama adalah mengenai sumber asal makanan tersebut. Teknik nuklear, melalui pencapjarian isotop stabil, telah terbukti berkesan untuk mengenal pasti perbezaan geografi asal makanan serta mengesahkan keaslian dan ketulenannya.

Meskipun bidang ini masih baharu di Malaysia, penyelidikan luar negara telah membuktikan keberkesanan gabungan teknik nuklear dalam mengesan asal-usul dan ketulenan produk makanan seperti keju, ubi kentang, beras, jus buah, madu dan minyak zaitun. Malah, banyak negara telah menggunakan teknik ini untuk menangani isu kualiti dan keselamatan makanan seperti pencemaran mikrob, penipuan pelabelan dan ketulenan produk di pasaran.

Contohnya, isu penipuan madu yang semakin berleluasa di Malaysia telah menimbulkan kebimbangan terhadap keselamatan makanan dan risiko kesihatan masyarakat. Melalui Projek IAEA ‘Enhancing Food Safety Through Development of Standard for Authentication of Malaysian Honey Through Nuclear and Supporting Techniques’ (2018 – 2021), Agensi Nuklear Malaysia telah berjaya membangunkan kaedah untuk mengesahkan ketulenan madu menggunakan teknik isotop stabil berdasarkan kaedah AOAC 998.12 (Association of Official Analytical Collaboration).

Selain itu, model ketulenan madu telah dibangunkan daripada pangkalan data madu kelulut dan madu lebah di Malaysia. Pembangunan teknologi isotop ini adalah kaedah terkini dan efektif untuk dijadikan piawaian bagi pengesahan ketulenan serta asal geografi madu.

Mangga Harumanis turut menggunakan teknik isotop

Selain madu, Agensi Nuklear Malaysia melalui kerjasama strategik dengan Jabatan Pertanian, kini sedang membangunkan profil isotop untuk mangga Harumanis. Kini, mangga Harumanis menjadi salah satu jenis buah-buahan popular di Malaysia yang mempunyai permintaan komersial yang tinggi dan negeri Perlis merupakan kawasan utama pengeluarannya.

Dengan nilai pasaran yang tinggi, Harumanis telah didaftarkan sebagai Petunjuk Geografi di bawah Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO). Akta Petunjuk Geografi 2022 melindungi pengeluaran buah ini, yang hanya boleh dihasilkan di Perlis. Pelabelan Harumanis bagi mangga yang dikeluarkan dari negeri lain boleh dikenakan tindakan injuksi dan tuntutan ganti rugi.

Namun, berlaku penipuan di pasaran di mana mangga import seperti Tong Dam (mempelam Siam) sering dijual dengan label Harumanis Perlis. Teknik isotop adalah satu-satunya kaedah yang berkesan untuk mengesahkan ketulenan dan asal geografi mangga tersebut. Situasi ini amat membimbangkan pengguna kerana penipuan label Harumanis boleh merugikan serta mencemarkan reputasi buah Harumanis Perlis, baik di pasaran tempatan mahupun antarabangsa.

Ikuti sosial media rasmi Nuklear Malaysia untuk mengetahui maklumat terkini mengenai teknologi Nuklear Malaysia atau layari laman web rasmi Nuklear Malaysia di www.nuclearmalaysia.gov.my atau e-mel: ukk@nm.gov.my.

BACA: Curiga Anak Terlalu Cantik, Lelaki Buat Ujian DNA & Rupanya Ada “Plot Twist”

Sumber: Nuklear Malaysia