Siakap Keli
Curiga Anak Terlalu Cantik
Kredit: blackbox.ai

Curiga Anak Terlalu Cantik, Lelaki Buat Ujian DNA & Rupanya Ada “Plot Twist”

Curiga Anak Terlalu Cantik, Lelaki Buat Ujian DNA & Rupanya Ada “Plot Twist”

Seorang lelaki di Vietnam mula berasa curiga mengenai kecantikan anaknya kerana dilihat tidak memiliki rupa paras seperti dia dan isterinya, lapor South China Morning Post.

Difahamkan, ia sekaligus mendorongnya untuk menjalani ujian asid deoksiribonukleik (DNA).

Kecurigaan lelaki itu ternyata benar apabila ujian DNA mengesahkan bahawa dia bukan bapa kandung kepada anak perempuan tersebut.

Perkara tersebut menjadi punca keretakan rumahtangga mereka, malah lelaki itu sering pulang dalam keadaan mabuk dan bersikap dingin terhadap isteri serta anaknya.

BACA: Dipercayai Cas Telefon Ketika Tidur, Lelaki Maut Terkena Renjatan Elektrik

Menurut SCMP, walaupun isterinya menafikan kecurangan dan kemudiannya meninggalkan rumah, kebenaran akhirnya terbongkar selepas anak mereka berpindah sekolah dan bertemu seorang gadis lain yang mempunyai tarikh lahir yang sama.

Difahamkan, punca kejadian tersebut bukan disebabkan oleh isterinya yang curang sebaliknya anak sebenar kepada pasangan ini tertukar dengan bayi lain.

SCMP berkata, di sekolah baharu anaknya berkenalan dengan seorang kawan perempuan, yang didapati rekod kelahirannya sama dengannya dan dilahirkan di hospital yang sama.

BACA: 8 Punca Kereta Rasa Semput Bila Tekan Minyak, No.3 Mungkin Ada Yang Perasan

Hubungan mereka menjadi akrab sehingga pada suatu hari dia dijemput ke majlis hari jadi rakannya. Sewaktu kejadian, ibu sebenar kepada gadis itu terkejut apabila melihat dia memiliki persamaan yang ketara dengan dirinya.

Wanita berkenaan meminta ibu gadis itu membuat ujian DNA, malah ujian itu mengesahkan bahawa mereka sebenarnya telah tertukar sejak lahir, mungkin disebabkan oleh kesilapan kakitangan hospital.

Kini, kedua-dua keluarga itu kerap menghabiskan masa bersama. Bagaimanapun, tiada laporan mendedahkan sama ada mereka akan mengambil tindakan undang-undang terhadap hospital terbabit.

BACA: 24 Jam Terang-Benderang, Ramai Kagum Lihat Fenomena Matahari Tengah Malam

BACA: Laluan Terjejas Tanah Runtuh Di Cameron Highlands Telah Dibuka

BACA: Ini Maksud Sebalik Mantera Buka & Tutup Pintu Gua Dalam Filem Ali Baba Bujang Lapok

Sumber: South China Morning Post

Athirah

When nothing goes right, go left.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.