Siakap Keli
cas telefon ketika tidur
Kredit: X

Dipercayai Cas Telefon Ketika Tidur, Lelaki Maut Terkena Renjatan Elektrik

Dipercayai Cas Telefon Ketika Tidur, Lelaki Maut Terkena Renjatan Elektrik

Seorang lelaki berusia 35 tahun meninggal dunia akibat terkena renjatan elektrik selepas dipercayai mengecas telefon bimbitnya ketika tidur, lapor Radar Surabaya.

Dalam kejadian yang berlaku pada Selasa di Bitung, Tangerang, Indonesia itu, tangan mangsa turut dilihat tersentuh pada kabel plag yang dilihat rosak dan menggelupas.

Dalam pada itu, kedudukan telefon bimbit hanya terletak beberapa inci dari badan mangsa.

Video penemuan mayat mangsa turut menjadi tular di media sosial apabila lelaki terbabit berada dalam posisi sedang tidur, mengalami kecederaan parah di muka dan tangan kiri sewaktu ditemui di lokasi kejadian.

BACA: 8 Punca Kereta Rasa Semput Bila Tekan Minyak, No.3 Mungkin Ada Yang Perasan

Difahamkan, mangsa melecur teruk di bahagian muka dan bahagian tangan kiri.

Radar Surabaya berkata, mayat mangsa itu dijumpai seorang penduduk apabila terganggu dengan bau kuat yang datang dari dalam rumah sewa mangsa.

Ketika diperiksa, penduduk mendapati mangsa sedang terbaring dengan sebahagian tubuh badannya menjadi hitam akibat insiden itu.

Polis tempatan segera menuju ke tempat kejadian selepas menerima laporan serta mengesahkan mangsa meninggal dunia akibat renjatan elektrik.

Menurut pegawai polis Cikupa, Ipda Udi Muhdi, mangsa meninggal dunia dalam keadaan terbaring manakala terdapat sesuatu yang hitam di wajahnya.

Sebelum ini, video berdurasi 0:32 saat itu mendapat pelbagai reaksi daripada orang ramai di laman X. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memberi pendapat yang sama apabila mangsa meninggal dunia akibat renjatan elektrik.

“Soket disambungkan ke banyak kabel dan sangat berbahaya, tambah pula mangsa tidur di atas lantai dan tangan berdekatan kabel,” kata seorang netizen

“Kalau dari pengecas, kuasa elektrik (mungkin) sikit dan jika pegang sahaja tak rasa renjatan elektrik. Boleh jadi juga sebab terlalu panas disebabkan terlebih cas dan kemudiannya bateri meletup,” kata seorang lagi netizen

BACA: Ini Maksud Sebalik Mantera Buka & Tutup Pintu Gua Dalam Filem Ali Baba Bujang Lapok

Sumber: Radar Surabaya

Athirah

When nothing goes right, go left.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.