Terkini

Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Anak berlari ziarah "rumah baru" ayah
Kredit: TikTok @janhafzan

Berlari Ziarah ‘Rumah Baru’ Ayah, Anak Kecil Ini Buat Ramai Sebak

Hannah

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal

Berlari Ziarah Rumah Baru’ Ayah, Anak Kecil Ini Buat Ramai Sebak

Kehadiran anak ibarat permata yang menyempurnakan hidup pasangan suami isteri.

Cahaya mata itu menjadi sumber kasih sayang, kebahagiaan dan harapan dalam sebuah keluarga yang dibina.

Namun, pada kaca mata seorang anak, ibu bapa adalah “dunia” mereka.

Kehilangan tempat bergantung seperti ini, terutama di usia yang begitu muda, adalah satu ujian berat yang tidak mudah untuk diungkapkan.

Membesar dalam dakapan ibu bapa adalah anugerah yang tak ternilai.

Namun, bagi sesetengah anak, mereka perlu belajar meneruskan hidup tanpa insan yang disayangi di sisi.

Baru-baru ini, sebuah video yang menyayat hati tular di media sosial, memperlihatkan seorang anak kecil berlari di tanah perkuburan untuk menziarahi “rumah baru” ayahnya.

Video ini dimuat naik oleh ibunya di akaun TikTok @janhafzan, yang jelas mencerminkan rindu yang tidak pernah padam pada insan tersayang yang telah pergi buat selama-lamanya.

Dalam video itu, anak kecil tersebut dilihat berlari ke arah pusara ayahnya, seakan-akan ayahnya masih menunggu di situ untuk memeluknya.

Setiap langkah kecilnya menggambarkan betapa dalamnya rindu yang dipendam.

“Balik saja sekolah, minta ibu bawa pergi rumah ayah, nak pergi baca doa katanya.

“Macam ni la selalu, berlari macam ayah ada depan mata, minta peluk,” tulis ibunya dalam kapsyen video itu.

Kata-kata ini membuat sesiapa yang menonton tidak dapat menahan rasa sayu, terutama apabila melihat seorang anak kecil yang masih belum puas bermanja kini terpaksa menerima hakikat ‘kehilangan’.

“Ibu faham macam mana rindu pada ayah sebab ibu pun lalui perkara dan perasaan yang sama, rindu pada ayah ibu.

“Bezanya, anak ibu masih kecil, belum puas bermanja dan nikmati kasih sayang ayah,” tambahnya lagi.

Perkongsian itu memberi gambaran betapa pedihnya kehilangan orang yang dicintai, dan bagaimana si kecil itu terpaksa menempuh dunia tanpa kehadiran seorang ayah.

“Percayalah, dulu nak lalu kubur rasa seram, tapi bila kesayangan kita dah duduk situ, pergi malam pun tak rasa apa”

Video tersebut mendapat perhatian besar, dengan hampir 800 ribu tontonan dan ruangan komen yang dibanjiri doa serta kata-kata semangat daripada warga maya.

Ramai yang menitipkan harapan agar anak ini terus membesar dengan kuat dan menjadi insan yang berjaya.

“Tak boleh tengok dia berlari macam tu, terus mengalir air mata. Moga jadi anak yang baik, jaga ibu elok-elok, belajar rajin-rajin,”

“Kerja akhirat ya, nak. Nanti dunia akan ikut sama. Kejar macam mana awak lari nak jumpa ayah. Akhirat nanti berlarilah bawa ibu ayah masuk syurga sama-sama,”

“Macam anak perempuan saya. Setiap pagi sebelum ke sekolah, wajib pergi pusara arwah papanya. Rindu sangat dekat arwah papa,”

Kisah ini bukan sahaja meruntun hati sesiapa yang melihatnya.

Tapi, ini turut mengingatkan kita tentang besarnya nilai kasih sayang ibu bapa, serta pentingnya menghargai orang tersayang selagi mereka masih ada.

Semoga anak kecil ini membesar dengan tabah dan menjadi kebanggaan ibu serta arwah ayahnya.

BACA: Terpisah 7 Tahun, Pasangan Suami Isteri Peluk Anak Sulung Buat Ramai Sebak

BACA: Minah Salleh Kagum Rakyat Malaysia “Sentiasa Gembira”, Komen Netizen Tarik Perhatian

BACA: ‘Perumahan Moden Ala Melayu’ Tular, Raih Perhatian Ramai

Sumber: TikTok @janhafzan