Siakap Keli
Perumahan moden ala Melayu
Kredit: Picky via X

‘Perumahan Moden Ala Melayu’ Tular, Raih Perhatian Ramai

‘Perumahan Moden Ala Melayu’ Tular, Raih Perhatian Ramai

Kalau kita tengok dekat Malaysia sekarang, di mana-mana saja mesti ada taman perumahan dengan rekaan moden kontemporari.

Bergaya ala Barat, ia memang kelihatan elegen dan serba minimalis, tapi benda ni ‘biasa’ bagi kita.

Berbeza pula ceritanya dengan satu projek perumahan terletak di bandar bersejarah Melaka ni yang ramai cakap betul-betul ‘lain daripada yang lain’.

Dengan konsep ‘unik’, taman perumahan moden ala Melayu ni berjaya tarik perhatian ramai dan jadi bualan hangat di media sosial.

Mana taknya, projek perumahan ni menggabungkan elemen tradisional Melayu dengan sentuhan moden yang jarang-jarang kita lihat.

Difahamkan, projek di Taman Camar Astana, Bukit Katil ni sedang dalam proses pembinaan.

Dari gambar serta video yang tular, kita boleh nampak betapa uniknya rekaan rumah-rumah kat sini.

Bumbung melengkung ala rumah kampung, anjung yang luas, ditambah pula dengan tangga, semua elemen klasik ni pasti buatkan sesiapa sahaja teringat dekat kampung.

Bukan sekadar cantik mata memandang, rumah-rumah kat sini buat ramai rasa lebih dekat dengan budaya sendiri.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang berkongsi rasa kagum mereka terhadap rekaan projek perumahan itu.

“Cantik sangat, barulah sesuai dengan budaya kita. Datang sini mesti orang luar pun terpegun,”

“Seronok tengok ada tangga ke anjung, macam rumah kampung betul,”

“Saya suka konsep macam ni. Berbanding taman perumahan barat, ini lebih unik dan bermakna,”

“Kalau boleh, biar projek macam ni diperluaskan lagi, terutamanya di tanah rizab Melayu,”

“Di saat orang lain sibuk buat konsep barat, taman perumahan ni angkat semula tradisi kita dengan sentuhan moden. Memang rare dan terbaik,”

https://x.com/pickyhn/status/1855194714703585299?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1855194714703585299%7Ctwgr%5E0e79e372a1bc1400ab76836540c2a6e719cab3ee%7Ctwcon%5Es1_&ref_url=https%3A%2F%2Fthevocket.com%2Frekaan-perumahan-moden-dengan-konsep-rumah-melayu-ini-raih-pujian-netizen%2F

Bayangkan, kat anjung rumah ada kanak-kanak duduk bersila, seronok bermain batu seremban sambil ketawa riang.

Di halaman, ada pula yang berlari ke sana sini main baling selipar, galah panjang dan ketinting.

Betul-betul ‘kenangan lalu mengusik jiwa’, kan?

Projek taman perumahan moden ala Melayu ni bukan sekadar bina rumah, tapi ia seolah-olah menghidupkan semula nostalgia zaman kanak-kanak kita.

Rekaannya yang tradisional dengan sentuhan moden bukan sahaja bagi peluang generasi baru untuk rasa keindahan seni bina Melayu.

Malah, ia juga mengingatkan kita semua betapa bernilainya warisan kita yang penuh dengan cerita dan tradisi.

Siapa tahu, lepas ni kita akan nampak lebih banyak projek perumahan yang serupa? Seronok, kan?

BACA: Ibu Lega Jumpa Mr. D, Tukang Gunting Rambut Pandai Ambil Hati Anak Autisme

BACA: Ramai Terkejut Lihat Alan Walker Tanpa Mask Di Malaysia

BACA: Bukan Biasa-Biasa, Macam Ni Rupanya ‘Rupa’ Passport Malaysia Bawah UV Light 

Sumber: Picky via X

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.