Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Bukan Biasa-Biasa, Macam Ni Rupanya ‘Rupa’ Passport Malaysia Bawah UV Light
Seperti yang kita tahu, MyKad dan MyKid adalah dokumen utama untuk rakyat Malaysia semasa di dalam negara.
Tetapi, bila kita melangkah ke luar negara, passport menjadi ‘kad pengenalan’ kita di mata dunia.
Menariknya, passport Malaysia bukan calang-calang sebenarnya.
Ia tersenarai antara passport paling berkuasa di dunia, menduduki tempat ke-10 dalam Senarai Kedudukan Kuasa Pasport Global 2024.
Kalau sebelum ini ramai yang anggap passport sekadar ‘buku merah’ biasa, sekarang mesti ramai yang terpesona melihat indahnya passport Malaysia.
Baru-baru ini, satu video di TikTok oleh pengguna @bahjahhabil tular, memaparkan keindahan passport Malaysia di bawah UV light.
Siapa sangka, passport yang kita selalu guna untuk melancong ni sebenarnya penuh dengan ciri unik dan berwarna-warni.
Setiap helaiannya memperlihatkan motif dan imej unik yang melambangkan keindahan budaya dan identiti Malaysia.
Ada gambar masjid yang cantik, landmark ikonik serta warna-warna terang yang hanya dapat dilihat apabila disinari dengan cahaya khas ini.
Menjengah ke ruangan komen, perkongsian itu nyata dipenuhi dengan pelbagai reaksi daripada warga maya.
Ramai yang terkejut dan kagum melihat keunikan passport Malaysia, terutamanya mereka yang tidak pernah menyangka bahawa reka bentuknya seindah itu di bawah UV light.
“Cantiknya, baru tahu passport kita macam ni,”
“Patutlah renew mahal, tapi memang berbaloi cantik,”
“SubhanAllah, elok cantik dengan gambar masjid-masjid, memang sesuai dengan negara Islam,”
“Selalu puji negara lain, tapi rupanya passport kita pun power,”
Passport kita bukan sahaja berfungsi sebagai dokumen perjalanan, tetapi ia juga menyimpan identiti dan budaya negara yang kaya dan indah.
Setiap helaian yang direka rapi ini memberi peringatan kepada kita betapa istimewanya Malaysia.
Kita selalu terpesona dengan apa yang dimiliki negara luar, tetapi hakikatnya, Malaysia juga tidak kurang hebatnya.
Jadi, berbanggalah kita dengan apa yang kita miliki.
BACA: Padang Pasir Arab Saudi Bersalji Buat Pertama Kali Dalam Sejarah
BACA: Al Hilal Didakwa Bakal Tamatkan Kontrak Neymar
BACA: Terpisah 7 Tahun, Pasangan Suami Isteri Peluk Anak Sulung Buat Ramai Sebak
Sumber: TikTok @bahjahhabil