Ramai Terkejut Lihat Alan Walker Tanpa Mask Di Malaysia
Baru-baru ini, peminat muzik di Malaysia dikejutkan dengan kehadiran DJ dan penerbit muzik terkenal dari Norway, Alan Walker, yang muncul secara ‘santai’ di sebuah restoran di Kuala Lumpur.
Pemuda yang dikenali menerusi lagu ikoniknya, “Faded”, dilihat berpakaian seperti pekerja di restoran milik Uncle Roger, seorang influencer terkenal Malaysia.
Kehadirannya itu tidak disangka-sangka dan menjadi tular apabila seorang pengguna TikTok, @marcus_chia, berkongsi video Alan yang sedang membawa keluar makanan yang dipesan pelanggan di restoran tersebut.
Tidak hanya ‘bekerja sementara’ di restoran, Alan turut meluangkan masa menikmati hidangan kedai Uncle Roger sambil beramah mesra dengan peminat yang hadir.
“Sangat gembira dapat berjumpa dengan anda semua. Kombo makanannya memang padu,” ujar Alan di ruangan komen video berkenaan.
@marcus_chia @Alan Walker at @FUIYOH! Itβs Uncle Roger π²πΎ He approved his fried rice!! π₯π₯ @Nigel Ng (Uncle Roger) #ForYou #ForYouPage #FYP #TikTokTrends #Viral #Trending #ExplorePage #Love #Dance #Challenge #Malaysia #KualaLumpur #MalaysiaTikTok #KL #VisitMalaysia #MalaysianVibes #MalaysianCulture #FoodMalaysia #KualaLumpurCity #AlanWalker #Walkerverse #WalkerWorld #EDM #WalkersJoin #WalkerWorldMalaysia #AlanWalkerLive #WalkerverseTour #UncleRoger #FriedRice #EggFriedRice #UncleRogerApproved #RiceIsLife #Fuiyoh #Haiya
Dalam pada itu, video yang kini telah mencecah lebih 3,000 komen itu dihujani pelbagai reaksi daripada netizen.
Ramai yang teruja melihat wajah sebenar Alan tanpa mask ikonik yang sering dikenakannya di atas pentas, satu penampilan yang jarang sekali dilihat oleh peminat.
“Alan Walker ke Harry Kane ni?”
Lebih menarik lagi, rata-rata peminat terkejut melihat wajah sebenar Alan yang tampan, hingga ada yang membandingkan wajahnya dengan pemain bola sepak terkenal, Harry Kane.
“Akhirnya nampak full muka Alan Walker,”
“Aku je ke yang first time tengok muka Alan Walker?”
“Muka macam Harry Kane, memang iras habis,”
Bukan itu sahaja, ramai peminat yang tidak melepaskan peluang mengalu-alukan kehadiran Alan ke Malaysia.
BACA: Berapa Jumlah Simpanan KWSP Yang Sepatutnya Dimiliki Pada Usia 35 Tahun?
BACA: Bukan Biasa-Biasa, Macam Ni Rupanya ‘Rupa’ Passport Malaysia Bawah UV Light
BACA: Terpisah 7 Tahun, Pasangan Suami Isteri Peluk Anak Sulung Buat Ramai Sebak
Sumber: TikTok @marcus_chia