Agong Bayar Zakat RM10 Juta
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menunaikan zakat dengan bayaran berjumlah RM10 juta bagi tahun ini.
Perkara berkenaan dimaklumkan menerusi satu muat naik di laman Facebook rasmi baginda.
Difahamkan, cek zakat diserahkan oleh baginda kepada Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ), Mohd Radzi Mohd Amin.

Baca juga:
Penyerahan tersebut disaksikan oleh Mufti Johor, Datuk Yahya Ahmad dan Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ), Nasri Md Ali bertempat di Istana Pelangi, Johor Bahru.

