Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Agong Kurnia 100 Ekor Lembu Untuk Ibadah Korban

Azizah Najib
agong kurnia 100 lembu
Kredit: Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

Agong Kurnia 100 Ekor Lembu Untuk Ibadah Korban

KUALA LUMPUR, 20 Mei (Bernama) – Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan mengurniakan 100 ekor lembu untuk dikorbankan bersempena dengan sambutan Aidiladha.

Menerusi hantaran di laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Seri Paduka Baginda menitahkan daging korban berkenaan diagihkan kepada kakitangan Istana Negara, golongan asnaf dan B40.

Seri Paduka Baginda turut berkenan melafazkan niat korban yang dipimpin Pegawai Agama Istana Negara Datuk Munir Md Salleh, di Istana Negara hari ini.

“Bagi menyempurnakan ibadah berkenaan, Sultan Ibrahim turut berkenan mewakilkan kepada urus setia pelaksana korban Istana Negara untuk melaksanakan ibadah korban bagi pihak Seri Paduka Baginda,” menurut hantaran itu.

Pegawai Agama Istana Negara turut mendoakan semoga ibadah tersebut diterima Allah SWT dan Seri Paduka Baginda serta seluruh Keluarga Diraja Johor sentiasa dirahmati, diampuni dan dipermudahkan segala urusan dunia dan akhirat.

Sumber: Bernama

BACA: Raja Salman Titah Tajaan 1,000 Jemaah Haji Palestin

BACA: PBT Diarah Hentikan, Sita Semua Iklan Vape – Kerajaan Negeri Selangor