Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Ahli Parlimen Arau Mohon Usul Bahas Cadangan 100 Peratus Dividen KWSP Dimasuk Ke Akaun 3

dividen

Ahli Parlimen Arau Mohon Usul Bahas Cadangan 100 Peratus Dividen KWSP Dimasuk Ke Akaun 3

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) merupakan antara dana simpanan persaraan tertua di dunia.

Ia ditubuhkan pada tahun 1951 untuk melindungi masa hadapan persaraan tenaga kerja Malaysia.

Pada tahun 2024, KWSP mengumumkan penstrukturan semula akaun ahli KWSP daripada dua akaun, iaitu Akaun 1 dan Akaun 2 kepada tiga akaun, iaitu Akaun Persaraan, Akaun Sejahtera dan Akaun Fleksibel.

Cadangan 100 peratus dividen KWSP masuk ke Akaun 3

Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim dalam Persidangan Dewan Rakyat hari ini memohon supaya dibentangkan usul bagi membahaskan cadangan supaya 100 peratus dividen KWSP dimasukkan terus ke Akaun 3 (Akaun Fleksibel) sebelum kadar dividen diumumkan secara rasmi.

Tujuan cadangan ini adalah supaya ahli KWSP dapat mudah mengeluarkan dividen itu, contohnya untuk keperluan perbelanjaan sempena perayaan seperti Hari Raya.

“Kami memohon supaya perkara ini dipertimbangkan kerana mereka berpuasa dan ingin menyambut Hari Raya. Sila pertimbangkan dividen sahaja

“Kami meminta agar kerajaan mempertimbangkan perkara ini sebelum dividen dimasukkan ke dalam Akaun 1 dan 2 yang agak sukar untuk dikeluarkan,” ujar beliau.

KWSP Umum Dividen 6.30 Peratus Untuk 2024

Sebelum ini, SK melaporkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan kadar dividen yang lebih tinggi untuk kedua-dua simpanan pada tahun 2024.

Kadar dividen sebanyak 6.30 peratus ditetapkan untuk Simpanan Konvensional dan Shariah.

Kadar berkenaan melibatkan jumlah agihan dividen sebanyak RM63.05 bilion untuk Simpanan Konvensional, manakala untuk Simpanan Shariah pula sebanyak RM10.19 bilion.

Dividen lebih tinggi diumumkan oleh KWSP untuk simpanan sepanjang 2024

“Bagi Simpanan Konvensional, kadar dividen minimum adalah 2.50%. Namun begitu, kadar dividen sebenar adalah berdasarkan prestasi pelaburan konvensional KWSP.

“Kadar dividen Simpanan Shariah pula adalah berdasarkan prestasi sebenar pelaburan patuh syariah yang diuruskan dan dilaburkan oleh KWSP,” kata KWSP

Orang ramai boleh menyemak jumlah agihan dividen yang diterima berdasarkan jenis simpanan masing-masing menerusi aplikasi KWSP i-Akaun.

Kadar tertinggi pernah diberikan sebelum ini

Menurut paparan di laman web KWSP, kadar dividen tertinggi yang pernah diberikan adalah bagi tempoh 1983 hingga 1987 iaitu sebanyak 8.5 peratus.

Manakala bagi tahun 2023, kadar dividen yang ditetapkan adalah sebanyak 5,5 peratus untuk Simpanan Konvensional dan 5.4 peratus untuk Simpanan Shariah.

Sumber:YouTube