Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Selain Bawang, 4 Makanan Ini Penyumbang Bau Badan Yang Ramai Tak Sedar
Masalah bau badan memang boleh membuatkan orang sekeliling berasa tidak selesa.
Walaupun peluh sering menjadi penyebab utama, hakikatnya gaya pemakanan juga memainkan peranan penting.
Makanan tertentu boleh meningkatkan pengeluaran bahan yang menyebabkan bau badan, menjadikannya lebih ketara, terutamanya apabila digabungkan dengan aktiviti harian yang memerlukan kita banyak bergerak.
Oleh itu, memahami punca bau badan bukan sahaja dari segi kebersihan tetapi juga dari segi pemakanan boleh membantu kita mengawal masalah ini dengan lebih berkesan.
Justeru, SK kali ini ingin berkongsi 6 jenis makanan yang sering menjadi punca badan berbau busuk supaya anda lebih peka dengan apa yang dimakan.
Rempah makanan
Menurut Cleveland Clinic, rempah seperti kari atau jintan boleh meninggalkan kesan yang kuat pada lidah dan gigi anda.
Bukan sahaja bau rempah ini boleh kekal berjam-jam pada nafas, ia juga boleh melekat pada rambut, kulit dan pakaian.

Selain itu, rempah mengandungi sebatian yang diserap ke dalam darah dan dibebaskan melalui peluh, menghasilkan bau tersendiri.
Bawang putih & bawang besar
Bagi sesetengah individu, bawang putih dan bawang besar boleh meningkatkan kadar metabolisme, haba badan dan peluh.

Menurut Dr. Lee, keadaan ini membolehkan bakteria pada kulit bercampur dengan peluh daripada kelenjar apokrin, sekali gus menghasilkan bau yang tidak menyenangkan.
Daging merah
Difahamkan, pengambilan daging merah dapat membuatkan peluh kita berbau.

Apabila dimakan, daging merah boleh melepaskan protein tanpa bau melalui peluh.
“Apabila protein ini bercampur dengan bakteria pada kulit, baunya akan menjadi lebih kuat," ujar Dr. Lee lagi.
Sayuran "cruciferous"
Cleveland Clinic melaporkan sayuran seperti brokoli dan bunga kobis mengandungi asid sulfur.

Bau ini menjadi lebih ketara apabila bercampur dengan peluh, nafas, atau gas badan.
Ikan
Bergantung pada faktor genetik, ikan boleh menjadi penyumbang bau badan.
Dalam kes yang sangat jarang, tubuh menukar hasil sampingan makanan laut yang dipanggil kolina kepada trimetilamina, sebatian yang berbau seperti ikan.

Trimetilamina ini bergerak melalui tubuh dan dikeluarkan melalui nafas serta kulit.
Bagi individu dengan kondisi trimetilaminuria, bau ikan boleh keluar daripada makanan lain juga, termasuk kacang, brokoli, bunga kobis, kacang tanah dan produk soya.
Keadaan yang jarang berlaku ini hanya menjejaskan beberapa ratusan individu, manakala kebanyakan orang masih boleh menikmati ikan tanpa sebarang masalah.