Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Lelaki Cipta 'Kerisik', Satukan Semua Resipi Viral Dalam Satu Aplikasi

Resipi Viral
Kredit: @sharippu_
Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal

Lelaki Cipta 'Kerisik', Satukan Semua Resipi Viral Dalam Satu Aplikasi

Setiap kali tiba bulan Ramadan, suasana di dapur dan media sosial menjadi lebih meriah daripada biasa.

Aroma kuih-muih tradisional, lauk-pauk yang menggugah selera, dan minuman berbuka yang menyegarkan memenuhi setiap rumah.

Di media sosial pula, tular pelbagai resipi baru dan klasik, daripada yang simple hingga ke hidangan yang memerlukan kreativiti tinggi, membuatkan ramai tidak sabar untuk mencuba sendiri.

Ramadan bukan sekadar tentang berpuasa, tetapi juga tentang berkongsi pengalaman memasak, mencipta kenangan keluarga di meja makan, dan mengikuti trend masakan viral yang dikongsi oleh pempengaruh dan komuniti dalam talian.

Suasana ini menjadikan dapur sebagai pusat kreativiti, di mana rasa, warna, dan seni bertemu dalam setiap hidangan.

Cipta satu aplikasi resipi masakan

Baru-baru ini, seorang individu telah meraih perhatian ramai apabila mencipta satu aplikasi resipi masakan yang bernama 'Kerisik'.

Menerusi hantaran @sharippu_ di Threads, lelaki itu menjelaskan bahawa beliau mencipta 'Kerisik' bagi memudahkan orang ramai merujuk resipi-resipi viral tanpa perlu mengikuti versi video yang sentiasa dikemas kini.

Selain resipi daripada Khairul Aming, aplikasi itu turut menampilkan resipi daripada pempengaruh lain seperti Che Sayang, Hazwan Ramli, Dya Shazzy dan ramai lagi.

"Akan ada feature baru untuk aplikasi 'Kerisik'. Harapnya minggu depan dah boleh kongsi ke orang awam

"Ia bertujuan memudahkan orang ramai merujuk resipi sekiranya sukar mengikuti versi video," kata @sharippu_.

Boleh dimuat turun melalui IOS dan Playstore

Untuk makluman, aplikasi ini boleh dimuat turun melalui iOS dan Playstore.

'Kerisik' menyediakan panduan langkah demi langkah untuk setiap resipi, yang bukan sahaja memudahkan pengguna tetapi juga berfungsi sebagai sumber rujukan jangka panjang.

"Kepada pengguna baru, jangan segan untuk beri feedback. Saya nak improve app ni supaya lebih ramai orang boleh dapat manfaat

"Kepada yang sudah subscribe Pro, kalau iklan masih muncul, cuba tutup dan buka semula app. Kalau masih tak hilang juga, DM saya emel anda. Terima kasih," jelas @sharippu_ lagi.

Sumber:Threads