Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Ahmad Maslan Kongsi Rahsia Kekal Bahagia Dalam Rumah Tangga

Iqbal Yasir
ahmad maslan rumah tangga bahagia
Gambar: Ahmad Maslan

Ahmad Maslan Kongsi Rahsia Kekal Bahagia Dalam Rumah Tangga

Setiap pasangan yang baru mendirikan rumah tangga pastinnya mengimpikan hubungan yang kekal bahagia seperti dalam drama atau filem.

Realitinya, bukan mudah untuk memastikan sebuah mahligai cinta yang dibina ini kekal aman dan harmoni sepanjang masa.

Pelbagai ujian dan cabaran yang perlu ditempuhi pasangan suami isteri. Setiapnya perlu memainkan peranan masing-masing dalam memimpin alur rumah tangga di landasan yang benar.

Jika setiap isu yang timbul tidak dapat diselesaikan dengan baik, ia boleh menjadi punca keretakan rumah tangga, lebih barah membawa ke penceraian.

Rahsia Rumah Tangga Kekal Bahagia

Baru-baru ini Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan dalam satu muat naik di Facebook rasmi miliknya berkongsi beberapa tip bahagia dalam rumah tangga, bersempena ulang tahun perkahwinannya dan isteri tercinta, Noraini Sulaiman.

Menerusi hantaran itu, beliau dan isteri telah mengikat tali pernikahan sejak 12 Disember 1987.

Kongsinya, antara perkara yang dilakukan sepanjang menyelusuri alam rumah tangga adalah pentingnya berbincang terlebih dahulu dalam membuat keputusan, terutamanya melibatkan keluarga.

Yang kedua, dia dan isteri sering menyelesaikan sebarang salah faham dengan segera. Ia bagi mengelakkan berlaku pergaduhan.

Seterusnya, hubungan antara keluarga yang dibina perlulah dijaga sebaik mungkin. Misalnya beliau mendedahkan dalam keluarganya mempunyai empat anak, tiga menantu dan lima cucu.

Selain itu, beliau sering mengamalkan tip bersederhana dalam segala hal. Terakhir beliau sekeluarga sentiasa tegas dalam menjaga tiang agama, iaitu solat lima waktu termasuk adab.

Sumber: Ahmad Maslan