Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

ISKANDAR PUTERI, 15 Jun (Bernama) -- Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Barisan Nasional (BN) Johor Datuk Seri Dr Ahmad Maslan mengesahkan tidak akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, meskipun namanya dikaitkan dengan beberapa kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).
Ahmad yang juga Timbalan Menteri Kerja Raya berkata beliau tidak berhasrat bertanding di DUN Benut atau DUN Pulai Sebatang dalam kawasan Parlimen Pontian.
"Saya telah memaklumkan perkara itu kepada pucuk pimpinan parti dan biarlah calon lain diberi peluang untuk bertanding di kedua-dua kerusi tersebut," katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan kerja ke Jabatan Kerja Raya (JKR) Johor, di sini, hari ini.
Bagaimanapun, Ahli Parlimen Pontian itu berkata beliau akan berusaha membantu calon BN dan UMNO mencapai kemenangan pada pilihan raya negeri itu.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 11 Julai sebagai hari mengundi bagi Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor ke-16, manakala 27 Jun sebagai hari penamaan calon dan pengundian awal pada 7 Julai.