Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Aidilfitri: KPM Umum Cuti Tambahan 1 Hari Bagi Kumpulan A, 2 Hari Kumpulan B
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengumumkan cuti tambahan sebanyak dua dan sehari bersempena Hari Raya Aidilfitri menerusi Kalendar Akademik Sesi 2026, tertakluk di bawah Kumpulan A dan Kumpulan B.
Pemberian cuti tambahan berkenaan adalah untuk memudahkan urusan para guru, ibu bapa dan pelajar bersempena cuti perayaan Hari Raya Aidilfitri.
Bagi Kumpulan A melibatkan tiga negeri iaitu Kedah, Kelantan dan Terengganu, akan diberikan cuti tambahan pada 19 Mac 2026 (Khamis) sahaja.
Sementara Kumpulan B pula melibatkan negeri seperti Melaka, Johor, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Wilayah Persekutuan Labuan akan diberikan cuti tambahan dua hari pada 19 Mac 2026 (Khamis) dan 20 Mac 2026 (Jumaat).
Untuk makluman, cuti sambutan Hari Raya Aidilfitri dijangka pada 21 Mac (Sabtu) dan 22 Mac (Ahad) yang dikira sebagai cuti perayaan dalam takwim tahunan.
