Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

'AirPods terbang sana sini' dalam pesawat mungkin kedengaran lucu, namun bagi seorang penumpang, insiden itu meninggalkan tanda tanya apabila fon telinga miliknya dipercayai tercicir ketika berada dalam penerbangan.
Perkara itu dikongsikan seorang pengguna Threads, @megat_han yang menceritakan pengalamannya ketika menaiki penerbangan AK6142.
“Aku perhati je AirPods aku terbang sana sini dalam AK6142. Tak tahulaaa celah mana tercicir dalam flight tu,” katanya menerusi satu hantaran.

Dalam hantaran berasingan, Megat turut berseloroh dengan menulis, “Salam Jogjaaaa bapak-bapak ibuk-ibuk”, dipercayai merujuk kepada perjalanannya ke destinasi berkenaan.
Perkongsian itu kemudian menarik perhatian pengguna Threads lain yang turut berkongsi pengalaman masing-masing berhubung kehilangan barangan peribadi ketika dalam penerbangan.
Antaranya, pengguna @stvrtn3w yang dikenali sebagai Syazwan berkata, dia juga pernah mengalami situasi sama apabila AirPods miliknya tercicir ketika menaiki pesawat.
“BROOO SAME!! Ulang alik dia dekat India tu sampai aku dah give up,” katanya.
Sementara itu, @aisyahwhy pula berkongsi pengalaman tertinggal iPad di dalam poket tempat duduk pesawat.
Menurutnya, tablet berkenaan dibawa oleh pesawat yang sama untuk penerbangan seterusnya ke Medan sebelum ditemui kru penerbangan di destinasi tersebut.
“I pernah tertinggal iPad kat seat pocket, next flight dia terus pergi Medan, next day baru balik KL semula. Crew kat Medan jumpa & report it so I got my iPad back after so many emails & calls,” ujarnya.

Dalam pada itu, seorang lagi pengguna, @unnamedmind mencadangkan Megat menyemak maklumat penerbangan bagi mengenal pasti pesawat yang digunakan.
Katanya, maklumat seperti nombor pendaftaran pesawat boleh membantu sekiranya penumpang ingin membuat laporan kehilangan kepada pihak berkaitan.
Sementara itu, @azwaazmi mengambil kesempatan berseloroh mengenai tabiat perjalanan Megat yang dipercayai kerap melancong.
“Untung beliau. Mesti penuh cop pasport beliau. Meriah la IG Story beliau travel ke sana sini, solo travel,” katanya.
Tidak ketinggalan, @penumpangvannjenazah pula mencuit hati dengan mengingatkan supaya Megat segera mencari AirPods berkenaan.
“Jangan biar lama sangat bang. Takut esok lusa expired passport dia,” katanya secara berseloroh.
Manakala @izntagram pula menganggap kehilangan AirPods itu sebagai “bukti” Megat memang kerap melakukan perjalanan.
“Kalau orang minta bukti selalu travel. Ni buktinya,” katanya.
Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan