Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah
Tiada Kategori

AJL39 Memukau Industri Muzik Tanah Air!

AJL39 Memukau Industri Muzik Tanah Air!
Gambar Hiasan

AJL39 Memukau Industri Muzik Tanah Air!

Petaling Jaya, 19 Februari 2025 – Anugerah Juara Lagu 39 (AJL39) mencipta momen bersejarah apabila seluruh rakyat Malaysia terharu dan gembira menyaksikan ‘Hening Rindu’ nyanyian Marsha Milan dinobatkan sebagai Juara. Lagu ciptaan Ikhwan Fatanna dan Wan Saleh dengan lirik oleh Ikhwan Fatanna ini berjaya mencengkam emosi penonton dengan keindahan melodi serta vokal Marsha yang memukau.

AJL39 mencatat kejayaan luar biasa dengan 60.1% syer penonton, menjadikannya antara edisi paling popular! Kejayaan ini turut diperkuat dengan 2.1 bilion capaian di media sosial serta 236 juta jumlah tontonan video, membuktikan pengaruh besarnya dalam dunia digital. Di samping itu, AJL39 mendapat 150 ribu sebutan di media sosial, dengan 82% sentimen positif, mencerminkan sambutan hangat dan pujian dari peminat. Platform penstriman Tonton juga mencatat peningkatan 8% dalam jumlah penonton, mengukuhkan lagi status AJL sebagai acara muzik paling berprestij di Malaysia. (sumber: Nielsen, Tonton & Meltwater)

Selain itu, ‘Bukan Lagi Kita’ oleh Nadeera Zaini meraih Naib Juara, sementara ‘Saksama’ nyanyian Akim & The Majistret menduduki tempat ketiga. Ernie Zakri memenangi Vokal Terbaik menerusi ‘Aura’, manakala Aina Abdul meraih Persembahan Terbaik dengan lagu ‘Puas Sudah’. AJL39 sekali lagi membuktikan bahawa muzik berkualiti mampu menyentuh hati rakyat Malaysia dan meninggalkan impak yang mendalam dalam industri seni tanah air.

KATEGORI

HADIAH

Juara

RM 100,000 beserta trofi

Hening Rindu – Marsha

Tempat Kedua

RM 50,000 beserta trofi

Bukan Lagi Kita – Nadeera Zaini

Tempat Ketiga

RM 30,000 beserta trofi

Saksama – Akim & The Majistret

Vokal Terbaik

RM 12,000 dan trofi

Aura – Ernie Zakri

Persembahan Terbaik

RM 12,000 dan trofi

Puas Sudah – Aina Abdul

Sejak diperkenalkan, AJL berperanan sebagai platform utama dalam memartabatkan karya muzik terbaik setiap tahun. Sebagai acara paling berprestij dalam industri muzik Malaysia, AJL bukan sahaja menghimpunkan pelbagai genre muzik hasil kreativiti karyawan tempatan, tetapi juga memberikan ruang kepada mereka untuk menonjolkan bakat dan inovasi dalam penghasilan lagu.

Lebih daripada sekadar pertandingan, AJL turut berfungsi sebagai jambatan yang menghubungkan peminat dengan artis kegemaran mereka, sambil menyaksikan evolusi industri muzik tanah air sepanjang 39 tahun penerbitannya. AJL39 tampil dengan tema ‘NADA RASA’, yang menzahirkan kehebatan muzik dalam menyampaikan emosi dan cerita, membuktikan bahawa setiap melodi dan lirik mampu menyentuh jiwa serta menggambarkan pelbagai pengalaman hidup yang dirasai oleh pendengar.

AJL 39 Dikuasai Oleh Samsung selaku penaja bersama dan Unifi Mobile sebagai rakan penaja. Acara ini turut dimeriahkan oleh HotFM sebagai rakan radio, manakala OhBulan!, XTRA, dan SEISMIK selaku rakan digital rasmi. Produksi AJL39 diterajui oleh Russell Mark Rodrigues sebagai Pengurus Projek dan Jamil Bin Hassan selaku Penerbit Eksekutif, demi menjamin kelancaran serta mutu sepanjang acara.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan terkini mengenai program TV3, ikuti @TV3Malaysia di Facebook, Twitter, YouTube, dan Instagram. Gunakan hashtag rasmi #AJL39 #NadaRasa #TerangkatRasa untuk menyertai perbualan dan menghangatkan lagi AJL39 di media sosial!