Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Akaun Twitter Beberapa Tokoh Terkemuka Digodam

Gambar Hiasan Via Google

WASHINGTON, 16 Julai (Bernama) — Akaun Twitter beberapa individu dan tokoh terkenal termasuk pemuzik Kanye West, pakar teknologi Elon Musk dan ahli politik Joe Biden telah digodam, lapor agensi berita Anadolu.

Turut digodam akaun bekas Presiden Barack Obama, pemilik Amazon Jeff Bezos, ahli perniagaan Warren Buffet dan bekas Datuk Bandar New York City Michael Bloomberg.

Pihak Twitter pada Rabu berkata laman web microblogging “menyedari mengenai insiden itu yang menjejaskan akaun di Twitter.”

“Kami sedang menyiasat dan mengambil langkah untuk mengatasi masalah itu. Kami akan memberikan maklumat terkini secepat mungkin,” katanya.

— BERNAMA