Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Aksi “Rider” Didakwa Tuang Semula Sup Tumpah Dalam Makanan Dipesan Pelanggan Dirakam

rider tuang sup tumpah
Kredit Mothership

Aksi “Rider” Didakwa Tuang Semula Sup Tumpah Dalam Makanan Dipesan Pelanggan Dirakam

Tindakan seorang penghantar makanan yang didakwa menuang semula sup yang tumpah ke dalam bungkusan sebelum menghantarnya kepada pelanggan berjaya dirakam kamera CCTV.

Memetik Stomp, perkara itu telah tular di media sosial Singapura dan menerima pelbagai reaksi.

Perkongsian video rakaman litar tertutup itu telah dikongsikan oleh seorang pengguna di media sosial pada 1 November lalu.

Menurut perkongsian itu, rakaman tersebut dikatakan berlaku di hadapan bangunan bersebelahan di kawasan Somme Road, Singapura.

“Saya perasan ada tumpahan sup di tangga dan kemudian memeriksa rakaman CCTV.

Menerusi perkongsian video itu, penghantar makanan terbabit dilihat membuka bekas bungkusan yang seperti sup tersebut.

Penghantar makanan itu kemudiannya dilihat menuang semula sup yang tumpah itu ke dalam bekas bungkusan dari beg plastik yang lain.

“Ia tidak bersih dan benar-benar menjijikkan. Adakah restoran itu tidak membungkusnya dengan betul, sebab itu ke ia tumpah atau penghantar itu yang menjatuhkannya.

“Bagaimanapun, dia sepatutnya menjelaskan perkara itu kepada pelanggan dan biar pelanggan buat aduan terhadap restoran atau syarikat penghantaran tersebut,” kata pemilik video tersebut.

Pemilik video itu turut berkata bahawa kejadian seperti itu telah menyebabkan dia berhenti memesan makanan dari platform penghantaran atas talian sejak setahun lalu.

“Agensi Makanan Singapura (SFA) benar-benar perlu membuat peraturan bahawa kotak makanan harus diikat atau mempunyai pelekat supaya pelanggan tahu sama ada penutupnya telah dibuka.

“Covid-19 sepatutnya menyedarkan kita semua tentang keperluan untuk tahap kebersihan yang baik. Tetapi nampaknya tahap kebersihan dilihat semakin tidak dipedulikan,” tambahnya lagi.

Polis Siasat Video Tular Insiden “Rider” Dengan “Security”

Terdahulu,

polis dilaporkan sedang menjalankan siasatan berhubung satu insiden pergaduhan yang membabitkan seorang penghantar barangan dan pengawal keselamatan dalam video yang tular pada hari ini, lapor Sinar Harian.

Timbalan Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Superintenden Nazron Abd Yusof berkata bahawa siasatan lanjut berkaitan kejadian itu masih lagi sedang dijalankan.

“Saksi terlibat dalam kejadian telah dikenal pasti dan akan dipanggil untuk membantu siasatan.

“Kertas siasatan berkaitan kejadian turut dibuka di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan,” katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.

BACA: Kerajaan Setuju Cuti Tanpa Rekod Perayaan Deepavali Dibawa Ke Selasa 14 November

Sumber: Stomp