Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Aktif Di Siang Hari, Rupanya Ini Yang Lalat Buat Pada Waktu Malam
Umumnya, lalat sering dikategorikan dalam kumpulan haiwan atau serangga perosak dan ia tinggal di kawasan persekitaran yang kotor.
Sebenarnya, terdapat lebih daripada 120,000 spesies lalat di dunia. Banyak bukan?
Lalat merupakan sejenis serangga yang tergolong dalam kumpulan haiwan berdarah sejuk. Oleh hal demikan, lalat tidak dapat membiak atau berkembang dengan baik sekiranya suhu persekitaran rendah.
Kebiasaannya, lalat mempunyai jangka hayat yang singkat sahaja iaitu antara lima hingga 30 hari. Antara jenis lalat yang sering ditemukan di persekitaran manusia termasuklah Agas, Midges, Nyamuk, Lalat Rumah, dan Lalat Buah.
Namun, pernahkah tertanya-tanya sama ada lalat memerlukan waktu tidur ataupun tidak dan apa yang serangga itu buat pada waktu malam?
Untuk mengetahuinya, mari kita ‘menyelami’ dengan lebih jauh mengenai kitaran hidup lalat ini.
Pernahkah anda melihat lalat terbang merata-rata sewaktu langit bertukar gelap?
Untuk pengetahuan, kebanyakan lalat aktif pada waktu siang kecuali nyamuk yang sering mengganggu kita pada waktu malam. Serangga perosak umumnya memerlukan cahaya untuk membimbing mereka secara visual. Oleh itu, lalat tidak aktif pada waktu malam.
Menjelang malam, suhunya lebih rendah berbanding siang. Perkara itu membuatkan pergerakan lalat menjadi lambat ekoran fungsi badan tidak bertindak balas dengan cepat (tidak aktif).
Sementara itu, lalat seperti Lalat Pasir, dan Lalat Buah lebih suka kepada persekitaran yang lebih lembab. Mereka paling aktif pada awal pagi dan waktu petang.
Berbeza dengan nyamuk, serangga itu aktif pada waktu malam untuk mencari makanan. Hal ini kerana mata dan antena (muncung) nyamuk sememangnya disesuaikan untuk melihat dalam gelap dan sangat sensitif.
Oleh itu, waktu tidur nyamuk ialah pada waktu siang.
Sebelum malam, haiwan perosak ini akan mencari kawasan atau tempat untuk mereka bertenggek sejenak sebelum matahari kembali terbit.
Biasanya, lalat gemar untuk berehat di bawah daun, rumput, dahan, batang pokok, dinding, langsir, permukaan yang rata dan sebagainya kerana mereka boleh tidur di mana-mana sahaja.

Jawapannya adalah ‘ya‘. Lalat mempunyai sistem saraf pusat yang merupakan ciri penting untuk tidur. Serangga kecil ini juga difahamkan mempunyai tingkah laku yang dikenali sebagai ‘sirkadian’ yang membantu mengawal tidur dan bangun atau dipanggil Rapid Eye Movement stage (REM) dan Non-Rapid Eyes Movement stage.
Dalam erti kata yang lain, lalat mempunyai dua peringkat tidur iaitu tidur ringan (tidur ayam) dan tidur yang nyenyak sama seperti manusia.
Menurut hasil kajian, lalat didapati mampu tidur dalam kedua peringkat itu. Walaupun, ia hanya seekor haiwan yang bertubuh kecil, namun otaknya juga memerlukan rehat untuk kekal berfungsi.

Apa yang menarik tentang lalat sekiranya mereka tidak mendapat tidur yang cukup, mereka akan tidur pada keesokan hari sama seperti sifat manusia.
Hal ini kerana kekurangan tidur boleh menjejaskan ingatan. Untuk pengetahuan, mereka lebih kerap tidur pada suhu tinggi.
Tambahan lagi, tidur lalat turut dipengaruhi oleh ubat dan bahan kimia tertentu seperti kafein atau kokain (ganja) yang membuatkan lalat itu terus terjaga. Manakala antihistamin dan minuman beralkohol pula membuatkan haiwan itu mengantuk sama seperti manusia.
Sementara itu, bayi lalat mempunyai lebih waktu tidur yang lebih banyak daripada lalat dewasa untuk memastikan perkembangan otak yang normal.

Menurut goodbyedrainflies, lalat boleh tidur selama 12 jam dan sebahagian besar waktu tidur mereka diperolehi pada waktu malam.
Ringkasnya, lalat juga sama seperti manusia kerana mereka memerlukan waktu tidur bagi mengembalikan tenaga untuk menjalani keesokan hari. Tidur akan menjadikan otak kembali berfungsi dengan baik.
Sumber: Goodbye Drain Flies