Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Aktiviti Sosial Libatkan Perkumpulan Ramai Termasuk Kenduri Kahwin, Perarakan Keagamaan Termasuk Thaipusam Tidak Dibenarkan – PM

Gambar: Bernama

Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin menerusi sidang media sebentar tadi menyatakan bahawa aktiviti sosial yang melibatkan perkumpulan beramai-ramai adalah tidak dibenarkan.

Menurutnya, keputusan tersebut dibuat bagi mengurangkan risiko jangkitan dan memutuskan rantaian COVID-19.

Antara aktiviti sosial yang tidak dibenarkan adalah kenduri kahwin, persidangan, perarakan keagamaan termasuk Thaipusam, mesyuarat, seminar, kursus dan sukan berkumpulan.

Bagi negeri yang dibawah perlaksanaan PKP Pemulihan pula, aktiviti sosial adalah dibenarkan namun perlu tertakluk pada SOP yang ketat.

Sumber: BERNAMA TV