Selepas dua minggu pemergian isteri tercinta, bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad dilihat cekal selepas kembali semula ke pejabat beliau hari ini.
Dalam perkongsian seorang pengguna Threads abidmasrul_, dia berkongsi tampak semakin sihat malah berbaju Melayu lengkap dengan songkok.
Tun M Kembali Ke Pejabat
“Alhamdulillah, selepas dua minggu arwah Tun Hasmah pergi meninggalkan kita, hari ini nampak Tun M telah kembali semula ke pejabat.
“Beliau nampak lebih sihat dan dilihat memakai Baju Melayu lengkap dengan songkok. Kuat betul semangat beliau walaupun tengah fasa berduka,” ucapnya.
Dia turut mendoakan agar tokoh pemimin negara itu terus dikurniakan kesihatan dan kekuatan yang baik.
Terdahulu, Allahyarham Tun Dr Hasmah meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) pada 28 September lalu.
Allahyarham kemudiannya disemadikan di Pusara Negara pada hari sama menerusi Istiadat Pengebumian Pembesar Negara.
