Alif Satar Teruja ‘Payung’ Superbike Rare, Petronas FP1
Baru-baru ini, selebriti Alif Satar mencuri perhatian ramai selepas berkongsi video sebuah motosikal berkuasa tinggi pujaan hati ramai, Petronas FP1.
Dalam klip yang dimuat naik di Facebook miliknya, jelas terpancar kegembiraan di wajahnya selepas memiliki motosikal berkenaan.
Apatah lagi motosikal berkuasa tinggi dianggap sangat ‘rare’ dan paling susah dimiliki.
Tambah Alif, dia menyatakan PETRONAS FP1 bukan sekadar koleksi, tetapi satu simbol sejarah dan usaha besar yang pernah dibina oleh Malaysia.
“Aku dah simpan lama dah, tapi hari ni baru boleh share.
“Yang tahu je tahu. This is an FP1, probably not one of the rarest arguably the rarest bike in the world..” katanya.
Geng-geng otai yang minat sukan permotoran mesti tahu motor ini
Dia turut memberitahu bahawa kurang daripada 200 unit motosikal tersebut pernah dihasilkan di seluruh dunia.
“Dan harganya? TAK TERNILAI. Sebahagian daripada sejarah sukan permotoran Malaysia,” kongsinya lagi.
Spesifikasi FP1
Untuk makluman, PETRONAS FP1 iaitu salah sebuah motosikal ultra rare dan eksklusif. Jentera ini dikuasakan enjin 899.5cc inline-triple, penyejukan cecair, DOHC dengan 4 injap setiap silinder, menghasilkan sekitar 127.4 bhp pada 10,000 rpm dan 92 Nm tork pada 9,700 rpm.
Difahamkan, 75 unit dibina oleh MSX (UK) manakala 75 unit lagi oleh Modenas (Malaysia). Ini sekaligus menjadikan PETRONAS FP1 antara jentera koleksi paling jarang dan bernilai tinggi.
Sumber: Facebook Alif Satar