Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

AmanahRaya Perkukuh Komitmen Terhadap Kelestarian Alam & Pemerkasaan Komuniti Menerusi Program Prihatin Mersing

PERKUKUH

AmanahRaya Perkukuh Komitmen Terhadap Kelestarian Alam & Pemerkasaan Komuniti Menerusi Program Prihatin Mersing

Amanah Raya Berhad (AmanahRaya) dan anak syarikatnya, AmanahRaya Trustees Berhad (AmanahRaya Trustees), melalui Yayasan AmanahRaya hari ini telah menjayakan Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) “Prihatin Mersing: Alam Terjaga, Warisan Terpelihara” yang berlangsung di Mersing dan Pulau Tinggi, Johor dari 10 hingga 11 Ogos 2026. 

Program yang dilaksanakan dengan kerjasama Pejabat Daerah Mersing, Majlis Daerah Mersing, Pejabat Perikanan Daerah Mersing dan agensi-agensi berkaitan ini menghimpunkan pelbagai inisiatif kebajikan, pembangunan komuniti serta pemuliharaan alam sekitar. 

Tuan Haji Jamil Hasni bin Abdullah, Pegawai Daerah Mersing (tiga dari kiri) bersama-sama Dato’ Haji Chee Pee bin Samsuddin, Pengerusi Yayasan AmanahRaya (lima dari kiri), menghulurkan cek cura kepada Al-Fadhil Ustaz Mohd Syafiq bin Mohd Said, Amin Baitulmal, Majlis Daerah Mersing (empat dari kiri), diiringi oleh Tuan Zainuddin bin Suhaimi, Ketua Pegawai Eksekutif AmanahRaya Trustees Berhad (paling kiri) dan Tuan Jack Yap Ngee Heong, Pemangku Pengarah Urusan Kumpulan AmanahRaya. Kumpulan AmanahRaya telah menyumbangkan hampir RM200,000 kepada pelbagai komuniti di Mersing, Johor pada 10 hingga 11 Ogos 2026. Sumbangan tersebut merangkumi jaket keselamatan, sumbangan tunai dan sebuah motosikal peronda kepada komuniti nelayan Pulau Tinggi; tajaan mural di Jalan Abu Bakar; bantuan kepada pengusaha industri kecil dan sederhana (IKS), iaitu Rumah Batik Sri Wangsa dan pengusaha minyak kelapa dara; komputer riba kepada pelajar terpilih di daerah Mersing; lampu solar kepada Kampung Orang Asli Labong; dan sumbangan tunai kepada keluarga asnaf di daerah Mersing.

Sebagai sebahagian daripada inisiatif kebajikan, AmanahRaya dan AmanahRaya Trustees telah menyalurkan sumbangan bernilai hampir RM200,000 bagi menyokong pelbagai program pembangunan komuniti.

Inisiatif tersebut merangkumi sumbangan tunai kepada hampir 200 penerima, pemasangan lampu solar, penyerahan sebuah motosikal peronda kepada Jabatan Perikanan Negeri Johor, bantuan kepada usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dalam industri batik dan minyak kelapa dara, serta sumbangan komputer riba dan jaket keselamatan. 

Sepanjang program berlangsung, para sukarelawan Kumpulan AmanahRaya turut menyertai pelbagai aktiviti pemuliharaan alam sekitar termasuk pembersihan kawasan pulau, pelepasan anak penyu dan mengecat mural di Jalan Abu Bakar, bandar Mersing.

Bersempena Bulan Kebangsaan, para sukarelawan turut mengibarkan Jalur Gemilang sebagai lambang semangat patriotisme dan kecintaan terhadap negara di samping memupuk kesedaran terhadap pemeliharaan alam sekitar.

Sukarelawan Kumpulan AmanahRaya bersedia untuk mengecat mural “Mesmerising Mersing” di Jalan Abu Bakar, Mersing pada 11 Ogos 2026. Mural bertemakan kehidupan akuatik itu merupakan salah satu sumbangan AmanahRaya dalam usaha menceriakan landskap bandar dan menyokong pembangunan komuniti setempat di Mersing, Johor.

Jack Yap Ngee Heong, Pemangku Pengarah Urusan Kumpulan yang juga Ketua Pegawai Perniagaan dan Operasi Kumpulan AmanahRaya, berkata, "Di AmanahRaya, kami percaya bahawa kejayaan sesebuah syarikat bukan hanya diukur melalui prestasi perniagaan, tetapi juga melalui nilai yang dapat kita kembalikan kepada masyarakat."

"Program Prihatin Mersing mencerminkan komitmen berterusan kami untuk memperkasa komuniti serta memelihara alam sekitar melalui kerjasama erat bersama rakan-rakan strategik. Kami berharap setiap inisiatif yang dilaksanakan akan terus memberi impak positif dan menyokong agenda pembangunan mampan negara."

Sebagai Pemegang Amanah Awam tunggal di Malaysia, AmanahRaya komited untuk terus memperkukuh amalan Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) menerusi penyampaian perkhidmatan serta pelaksanaan inisiatif tanggungjawab sosial korporat yang memberi impak positif kepada masyarakat dan alam sekitar.

Intipati
  • AmanahRaya menjayakan Program Prihatin Mersing di Mersing dan Pulau Tinggi, Johor.
  • Sumbangan hampir RM200,000 merangkumi bantuan tunai, lampu solar, komputer riba dan jaket keselamatan.
  • Sukarelawan turut membersihkan pulau, melepaskan anak penyu dan mengecat mural di bandar Mersing.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan