Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah
Tiada Kategori

AmanahRaya Trustees Berhad Jayakan Program Ibadah Korban 1446H Bersama Komuniti Kuang

Siti Sakinah
AMANAHRAYA TRUSTEES BERHAD JAYAKAN PROGRAM IBADAH KORBAN 1446H BERSAMA KOMUNITI KUANG
Gambar Hiasan

AmanahRaya Trustees Berhad Jayakan Program Ibadah Korban 1446H Bersama Komuniti Kuang

Kuang, Selangor, 9 Jun 2025 – Kuang, Selangor, 9 Jun 2025 – AmanahRaya Trustees Berhad (ART) telah menunaikan ibadah korban sebagai salah satu insiatif Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) kepada masyarakat sekitar Kuang, Sungai Buloh, Selangor sempena Aidiladha ini.

Photo 1 : Pengurusan AmanahRaya Trustees Berhad (ART) bersama-sama menyantuni masyarakat dengan berkongsi rezeki menerusi agihan daging korban kepada mereka yang memerlukan.

Program diadakan di Masjid Al-Islahiah, Kuang, Sungai Buloh, Selangor di mana ART telah menaja dua (2) ekor lembu untuk dikorbankan dan daging korban berkenaan telah diagihkan kepada lebih dua ratus (200) penduduk yang kurang berkemampuan di sekitar Kuang. Sementara itu, empat belas (14) orang asnaf berpeluang mendapat manfaat dengan menjadi peserta korban tajaan ART tersebut.

Ketua Pegawai Eksekutif ART, Encik Zainudin Suhaimi dalam ucapannya berkata, ibadah korban bukan sekadar penyembelihan haiwan, tetapi satu simbol keikhlasan dan ketakwaan kepada Allah SWT, serta wujudnya tanggungjawab sosial dalam membantu sesama insan.

”Program ini mencerminkan komitmen berterusan kami dalam menyantuni masyarakat dan memperkukuh hubungan dengan institusi akar umbi seperti masjid dan NGO tempatan. Ia juga memberi peluang kepada warga ART untuk turut serta dan memupuk semangat kesukarelawanan yang selari dengan nilai syarikat,” ujar beliau semasa menyampaikan ucapan di majlis tersebut.

Sementara itu, seramai lebih kurang lapan puluh (80) orang tenaga kerja terdiri daripada kakitangan ART, pihak masjid, dan penduduk setempat menyertai ibadah korban yang turut dihadiri oleh Encik Ammer Hassan, Nazir Masjid Al-Islahiah, serta barisan pengurusan ART.