Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Amaran Hujan Lebat Di 4 Negeri, 1 Wilayah

amaran hujan lebat
Kredit Gambar: Bernama

Amaran Hujan Lebat Di 4 Negeri, 1 Wilayah

Amaran hujan lebat, ribut petir dan hujan lebat diramal akan berlaku di beberapa negeri sehingga jam 6 petang ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi satu kenyataan berkata amaran melibatkan negeri Perak iaitu di daerah Larut, Matang Dan Selama, Manjung, Perak Tengah, Bagan Datuk dan Hilir Perak.

Selain itu, ia turut membabitkan daerah Sabak Bernam di Selangor.

Di Sarawak, hujan lebat dijangka berlaku di Kapit (Kapit), Bintulu, Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi) dan Limbang.

Beralih ke Sabah, daerah Pedalaman (Sipitang, Kuala Penyu dan Beaufort), Pantai Barat, Tawau (Tawau dan Lahad Datu) dan Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) diramal terlibat.

Hujan lebat turut akan berlaku di Wilayah Persekutuan Labuan.

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” katanya.