Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat melibatkan beberapa kawasan di lapan negeri serta Wilayah Persekutuan Labuan sehingga 7 malam ini.
Menurut amaran yang dikeluarkan, negeri terlibat ialah Kedah, Perak, Terengganu, Pahang, Selangor, Johor, Sarawak dan Sabah.
Beberapa negeri diramal hujan lebat
Di Kedah, kawasan yang disenaraikan ialah Yan, Pendang, Sik, Kuala Muda, Baling dan Padang Terap.
Bagi Perak, amaran melibatkan Kerian, Selama, Larut Matang, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim.
Sementara itu, kawasan terlibat di Terengganu ialah Kemaman, Dungun, Hulu Terengganu dan Setiu, manakala di Pahang membabitkan Cameron Highlands, Raub, Bentong dan Lipis.
Di Selangor, amaran meliputi Hulu Selangor dan Gombak. Dua daerah di Johor, iaitu Kota Tinggi dan Johor Bahru, turut disenaraikan.
Bagi Sarawak, kawasan yang terlibat adalah Sibu (Selangau), Sarikei (Sarikei, Maradong dan Pakan), Mukah (Tanjung Manis), Betong (Kabong, Saratok dan Betong), Sri Aman (Sri Aman), Kuching (Kuching dan Bau), Serian (Tebedu dan Serian), Kapit (Bukit Mabong dan Kapit), Bintulu, Limbang, Miri (Subis).
Di Sabah pula, amaran membabitkan kawasan Kudat (Kota Marudu), Pantai Barat, Pedalaman, Sandakan (Paitan, Telupid, Sandakan, Labuk & Sugut dan Kinabatangan), Tawau (Lahad Datu, Kalabakan dan Tawau).
Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.
Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.
Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.
