Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Pencipta Kandungan, Nazz Abdullah Dilapor Kritikal, Dimasukkan Ke Hospital

Nazz Abdullah
Kredit: Threads Nazz Abdullah Official

Pempengaruh dan pencipta kandungan, Muhamad Anas bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Nazz Abdullah kini dilaporkan kritikal dan dimasukkan ke hospital.

Perkara itu dimaklumkan menerusi muat naik satu hantaran di akaun rasmi beliau.

Dalam kenyataan itu, beliau dimasukkan ke kecemasan Hospital Pantai akibat ‘Severe Thunderclap Brain Headache’ sejak pagi sabtu semalam.

Nazz Abdullah Kritikal

“Setakat ni pihak hospital sudah menjalankan beberapa kali Scan di bahagian ‘Brain’ termasuk suntikan contrast, CT-Scan dan MRI.

“Tetapi masih belum menemui sebarang pendarahan otak atau sebarang punca spesifik.

“Jadi buat masa ni pihak NAZZ&CO Media ingin memohon agar follower dan peminat beliau mendoakan dan memahami sekiranya Nazz tidak dapat muncul dalam video di mana-mana platform agar beliau dapat berehat buat sementara waktu.

“Namun team kami, Alym Asri, Steven dan lain-lain akan terus melaporkan segala informasi dan berita automotif dan sebagainya dari masa ke semasa” maklum kenyataan itu.


Sumber:Threads
Intipati
  • Nazz Abdullah dilaporkan kritikal dan dimasukkan ke kecemasan Hospital Pantai sejak pagi Sabtu.
  • Beliau mengalami Severe Thunderclap Brain Headache, menurut kenyataan melalui akaun rasmi miliknya.
  • Beberapa imbasan otak dilakukan, namun punca spesifik masih belum ditemui pihak hospital.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan