Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Amaran Hujan Lebat Di 5 Negeri & 1 Wilayah Hingga Malam Ini

Amaran Hujan Lebat Di 5 Negeri & 1 Wilayah
Kredit: Bernama

Amaran Hujan Lebat Di 5 Negeri & 1 Wilayah Hingga Malam Ini

Hujan lebat dan ribut petir dijangka akan berlaku di enam buah negeri sehingga jam 7 malam ini.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), hujan lebat dan ribut petir akan akan melanda Wilayah Persekutuan Labuan.

Selain itu, amaran juga dikeluarkan bagi penduduk sekitar Kedah melibatkan kawasan Pokok Sena, Padang Terap, Sik dan Baling.

Seterusnya, amaran turut dikeluarkan di negeri Perak melibatkan kawasan Hulu Perak dan Kuala Kangsar.

Beralih ke negeri Kelantan, hujan lebat juga dijangka akan berlaku di kawasan Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai.

Manakala di Terengganu pula, amaran dikeluarkan untuk penduduk sekitar Besut dan Setiu.

Selain itu, hujan lebat juga dijangka akan berlaku di Sabah melibatkan kawasan Pedalaman (Kuala Penyu dan Beaufort), Pantai Barat (Papar, Penampang dan Ranau), Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat (Kota Marudu dan Pitas).

Ujar MetMalaysia lagi, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

"Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran," kata MetMalaysia.