Sebanyak sembilan negeri diramal mengalami hujan lebat, ribut petir dan angin kencang sehingga jam 7 malam ini.
Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), amaran cuaca itu melibatkan seluruh negeri Kelantan.
Selain itu, ia juga dijangka melanda negeri Kedah iaitu di Kuala Muda, Bandar Baharu, Baling, Kulim dan Sik.
Di Perak, amaran membabitkan kawasan Selama, Kerian, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang, Muallim, Perak Tengah dan Larut Matang.
Begitu juga di daerah Kemaman, Dungun, Setiu, Kuala Nerus, Kuala Terengganu, Besut dan Marang di Terengganu.
Hujan lebat turut diramal di negeri Pahang, yang membabitkan daerah Pekan, Maran, Lipis, Rompin, Temerloh, Bentong, Raub dan Cameron Highlands.
Bagi negeri Selangor, daerah Hulu Selangor dan Gombak terlibat.
Manakala di Johor pula membabitkan Kota Tinggi dan Mersing.
Beralih ke Sarawak, keadaan cuaca buruk diramal di Kuching, Serian (Siburan), Samarahan (Samarahan), Kapit (Song), Sibu, Sarikei (Julau dan Pakan), Mukah (Dalat dan Mukah), Bintulu (Tatau), Limbang, Miri (Marudi, Beluru dan Telang Usan).
Di sabah pula, daerah Pedalaman (Sipitang, Tenom, Pensiangan, Sook, Keningau dan Tambunan), Sandakan (Kinabatangan, Paitan, Labuk & Sugut, Sandakan dan Telupid), Kudat (Pitas dan Kota Marudu), Pantai Barat (Ranau) terlibat.
Amaran hujan lebat

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” katanya.
