Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Amaran Hujan Lebat Di Kebanyakan Negeri Malam Ini
Hujan lebat, ribut petir dan angin kencang diramal akan berlaku di kebanyakan negeri hingga jam 9 malam ini.
Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), hujan lebat diramal akan berlaku di seluruh negeri Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Wilayah Persekutuan (WP) Kuala Lumpur, WP Putrajaya dan WP Labuan.
Amaran turut dikeluarkan di negeri Kedah iaitu di Kulim dan Bandar Baharu.
Selain itu, ia turut membabitkan Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan di Pulau Pinang.
Bagi negeri Perak pula, daerah Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim dijangka terlibat.
Manakala, di Pahang hanya melibatkan daerah Raub, Bentong dan Temerloh.
Di negeri Johor, ia melibatkan daerah Tangkak, Muar, Batu Pahat, Pontian, Kulai dan Johor Bahru.
Beralih ke Sarawak, hujan lebat diramal berlaku di Kuching (Bau), Sri Aman, Betong, Sibu, Mukah (Daro dan Matu), Kapit (Song, Kapit dan Belaga), Bintulu, Miri (Beluru, Telang Usan dan Marudi) dan Limbang.
Sementara itu, di Sabah pula melibatkan Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort dan Nabawan), Tawau (Tawau) dan Sandakan (Telupid dan Beluran).
“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” kata MetMalaysia.