Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Amaran Hujan Lebat Di Kebanyakan Negeri Petang Ini
Hujan lebat, ribut petir dan angin kencang dijangka melanda kebanyakan negeri di Malaysia sehingga jam 6 petang ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi Facebook berkata hujan lebat akan melanda seluruh Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.
Menurutnya lagi, keadaan cuaca terbabit turut akan melanda negeri Kedah iaitu di Kota Setar, Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu.
Di Terengganu, ia melibatkan daerah Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu dan Marang.
Manakala di Negeri Sembilan pula hanya melibatkan daerah Jelebu, Seremban dan Port Dickson.
Di Sarawak, daerah Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Bintulu, Miri dan Limbang dijangka terlibat.
Keadaan cuaca itu juga akan melanda negeri Sabah iaitu di Pedalaman, Pantai Barat, Tawau (Tawau dan Lahad Datu), Sandakan (Tongod dan Kinabatangan) dan Kudat (Kota Marudu dan Pitas).
“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” kata MetMalaysia.
Dalam satu perkongsian yang lain, MetMalaysia turut memaklumkan mengenai ramalan cuaca signifikan.
Menurut jabatan itu, analisis terhadap model-model ramalan cuaca terkini menunjukkan penumpuan angin dijangka berlanjutan di barat Sabah, Wilayah Persekutuan Labuan serta tengah dan utara Sarawak sehingga 16 September 2025.
“Keadaan ini berpotensi menghasilkan ribut petir berserta hujan lebat dalam jangka masa yang lebih panjang di kawasan berkenaan dalam tempoh tersebut
“Orang awam adalah dinasihatkan untuk sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan media sosial rasmi MET Malaysia serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih,” katanya.