Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Hujan lebat dan ribut petir dijangka akan berlaku di lima buah negeri sehingga jam petang ini.
Menerusi kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), hujan lebat dijangka akan berlaku di seluruh kawasan di Perlis, Kedah, Pulau Pinang.
Beralih pula ke Pahang, hujan lebat diramal meliputi kawasan Tanah Tinggi Cameron, Raub dan Rompin.
Akhir sekali, hujan lebat juga dijangka akan berlaku di Johor meliputi kawasan Mersing, Kota Tinggi dan Johor Bahru.

Ujar MetMalaysia lagi, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
"Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran," kata MetMalaysia.