Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Amaran Hujan Lebat Di Tujuh Negeri, Satu Wilayah Malam Ini
Hujan lebat, ribut petir dan angin kencang diramal akan melanda tujuh negeri dan satu Wilayah Persekutuan sehingga jam 9 malam ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan bahawa hujan akan berlaku di seluruh negeri Pulau Pinang dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Selain itu, ia juga melibatkan negeri Kedah iaitu di Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu.
Di Perak, daerah Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta dan Perak Tengah dijangka terlibat.
Keadaan cuaca itu juga hanya membabitkan daerah Gua Musang di Kelantan.
Bagi Pahang pula, hujan diramal berlaku di daerah Jerantut, Bentong, Temerloh, Maran dan Bera.
Manakala di Selangor melibatkan Hulu Selangor, Gombak dan Petaling.
Beralih ke Sabah, hujan hanya melanda daerah Tawau (Tawau dan Semporna).
"Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
"Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran," katanya.