Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Rakyat Malaysia yang berada atau merancang untuk berkunjung ke Thailand dinasihatkan agar sentiasa berwaspada susulan amaran hujan sangat lebat di beberapa kawasan di negara itu.
Konsulat Jeneral Malaysia dalam satu kenyataan pada Isnin lalu berkata amaran yang dikeluarkan oleh Jabatan Pencegahan dan Mitigasi Bencana Thailand itu dijangka bagi tempoh 28 Jun hingga 3 Julai.
"Keadaan cuaca tersebut berpotensi mengakibatkan banjir kilat, banjir, aliran air deras dari kawasan hutan, tanah runtuh serta ombak kuat di kawasan pesisir Laut Andaman.
"Rakyat Malaysia yang berada atau merancang untuk berkunjung ke Thailand, khususnya ke kawasan-kawasan yang dikenal pasti berisiko, dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada.
"Anda juga perlu memantau perkembangan cuaca terkini serta mematuhi segala arahan dan nasihat yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa Thailand dari semasa ke semasa," katanya.

Selain itu, rakyat Malaysia turut disarankan agar mendapatkan perlindungan insurans perjalanan yang bersesuaian sebelum memulakan perjalanan bagi mengurangkan risiko kerugian atau kesulitan yang mungkin timbul akibat kejadian yang tidak dijangka sepanjang berada di Thailand.
Orang ramai juga dinasihatkan supaya mengelakkan daripada mengunjungi kawasan air terjun, gua, lereng bukit, sungai dan kawasan pantai yang dikenal pasti berisiko.
"Terutamanya sekiranya keadaan cuaca bertambah buruk atau pihak berkuasa tempatan menguat kuasakan sekatan keselamatan di kawasan berkenaan.
"Bagi yang memerlukan bantuan konsular, nombor pegawai bertugas yang boleh dihubungi seperti berikut: Pegawai Bertugas (6681-9901930) atau emel di [email protected].