Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Amaran Ribut Petir Dan Hujan Lebat Dijangka Melanda 14 Kawasan Sehingga 7 Malam Ini

Gambar: Bernama

Jabatan Meteorologi Malaysia sebentar tadi mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat yang dijangka melanda beberapa buah kawasan sehingga 7 malam ini.

Amaran itu dikeluarkan pada pukul 3:00 petang tadi menunjukkan terdapat 14 kawasan dijangka dilanda ribut petir.

Antara kawasan yang dijangka terlibat adalah:

  • Perlis

  • Kedah: Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Pendang, Sik, Baling dan Bandar Baharu.

  • Pulau Pinang

  • Perak: Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Pedang dan Muallim.

  • Kelantan: Gua Musang

  • Pahang: Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Bentong, Bera dan Rompin.

  • Selangor: Hulu Selangor, Gombak, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang.

  • WP Kuala Lumpur

  • WP Putrajaya

  • Negeri Sembilan: Jelebu, Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah dan Rembau.

  • Melaka

  • Johor: Segamat, Mersing, Kota Tinggi dan Johor Bahru.

  • Sarawak: Limbang

  • Sabah: Pantai Barat (Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud), Tawau (Tawau, Kunak dan Lahad Datu), Sandakan (Telupid, Beluran dan Sandakan) dan Kudat.

Bagi penduduk di kawasan-kawasan yang dijangka terlibat, anda dinasihatkan untuk lebih berhati-hati dan terus berada di rumah sekiranya tiada urusan di luar.

Sumber: MetMalaysia