Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah
Tiada Kategori

Amaran Ribut Petir Di 10 Negeri, 2 Wilayah Persekutuan Petang Ini

Hannah
hujan lebat semenanjung
Sumber: BERNAMA

Amaran Ribut Petir Di 10 Negeri, 2 Wilayah Persekutuan Petang Ini

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa negeri hingga jam 6 petang ini.

Amaran ini bertujuan memberi peringatan awal kepada penduduk di kawasan yang terlibat supaya lebih berwaspada dan mengambil langkah berjaga-jaga.

Menurut METMalaysia dalam satu kenyataan rasmi, 10 negeri dan dua wilayah persekutuan dijangka bakal dilanda cuaca buruk.

Antara kawasan yang terlibat termasuklah Kedah, Pahang, Sarawak dan Sabah.

Keseluruhan kawasan Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor serta Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur dan Putrajaya) juga dijangka bakal terjejas.

“Bagi Kedah, kawasan yang terlibat adalah Kulim dan Bandar Baharu.

“Manakala, bagi Pahang, kawasan yang terlibat adalah Tanah Tinggi Cameron, Raub, Jerantut, Maran, Kuantan dan Rompin,” tulis kenyataan itu.

Beralih ke Borneo, di Sarawak, kawasan yang terlibat adalah Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah (Tanjung Manis, Daro dan Matu), Kapit (Song), Bintulu, Miri (Subis, Beluri, Miri dan Marudi) dan Limbang.

Di Sabah pula, kawasan yang terlibat adalah Pedalaman (Sipitang, Kuala Penyu, Beaufort dan Tambunan) dan Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud).

Sehubungan itu, penduduk di kawasan sekitar dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.

Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.

Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.

BACA: Dijangka Berterusan Hingga Awal November 2024, Ini Yang Anda Perlu Tahu Tentang Fasa Peralihan Monsun

BACA: Pekan Kuala Nerang Dilanda Banjir Kilat Malam Ini

BACA: Banjir: Dua Beranak Hilang Selepas Dihanyutkan Arus Deras Di Kuala Nerang

Sumber: METMalaysia