Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir di beberapa kawasan di Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Johor dan Sabah.
Kenyataan tersebut menyebut yang terlibat iaitu seluruh negeri Perlis, Kedah, Pualau Pinang dan Perak. Selain itu, Tumpat, Pasir mas, Jeli, Tanah Merah dan Gua Musang (Kelantan); Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub dan Betong (Pahang); Seluruh negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya; Jelebu, Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah, Rembau dan Jempol (Negeri Sembilan); Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bharu (Johor. )
Manakala di Sabah pula, kawasan yang terlibat adalah Tawau, Kunak, Lahad datu dan Sandakan (Kinabatangan).
Amaran ribut petir ini dijangka berlarutan sehingga jam 5 petang ini.
Diharapkan kawasan yang terlibat akan lebih berhati-hati dan berwaspada ketika pulang dari tempat kerja.

Sumber: MetMalaysia