Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Amaran Ribut Petir Di 4 Negeri, 1 WP – METMalaysia
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa kawasan hingga 7 malam ini.
Dalam kenyataan tersebut, negeri yang terlibat adalah Kedah, Sarawak dan Sabah, serta keseluruhan negeri Perlis dan WP Labuan.
“Di Kedah, daerah yang terlibat adalah Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena dan Yan.
“Di Sarawak, daerah yang terlibat adalah Sri Aman (Lubok Antu), Kapit (Song dan Kapit), Bintulu, Miri dan Limbang.
“Sementara itu, di Sabah pula membabitkan daerah Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Keningau dan Tambunan) dan Pantai Barat,” maklum METMalaysia.
Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.
Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.
Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.
BACA: Ujian Projek Rintis e-Police Reporting Bermula 1 September Di PLUS
Sumber: METMalaysia